Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Mari Ketahui Bilakah Peranti Xiaomi Milik Anda Akan Menerima Kemaskini MIUI 10

Diterbitkan September 27, 2018 oleh Haikel Areff

Semasa memperkenalkan sistem MIUI 10 secara rasmi beberapa bulan lalu, Xiaomi telah menjanjikan bahawa sebahagian besar dari peranti mereka bakal menerima kemaskini tersebut.

Malah, sejak beberapa hari lalu, sistem ini sudah mula tersedia untuk dimuat-turun oleh pengguna peranti Xiaomi seperti :

  • Redmi Note 5/Pro
  • Redmi S2
  • Mi 6
  • Mi 8
  • Mi Mix
  • Mi Mix 2
  • Mi Mix 2s
  • Mi 5
  • Mi Note 2
  • Redmi 5 Plus

Baca juga : Ketahui Perkara Baru Yang Ada Pada MIUI 10

12 Telefon Pintar Terawal Yang Akan Dikemaskini Dengan MIUI 10

Beberapa peranti lain juga dijangka akan mula menerima kemaskini ini pada sekitar pertengahan bulan Oktober dan awal bulan November. Senarai penuh peranti-peranti lain yang bakal menerima kemaskini ini adalah seperti berikut :

1. Pertengahan Oktober

  • Mi Note 3
  • Redmi 6
  • Redmi 6A
  • Mi 5s
  • Mi 5s Plus
  • Mi Max
  • Mi Max Prime
  • Mi Max 2
  • Redmi Note 4/4X (Qualcomm)
  • Redmi 4X
  • Redmi 4A
  • Redmi 5A
  • Redmi 5
  • Redmi Note 5A
  • Redmi Note 5A Prime

2. Awal November

  • Mi 3/Mi 4
  • Redmi Note 3 Qualcomm
  • Redmi Note 3 Special Edition
  • Redmi 3S/3X
  • Redmi Note 4 MTK
  • Redmi 4 Prime

Bagaimanapun, senarai di atas adalah berdasarkan tentatif yang dikeluarkan oleh pihak Xiaomi. Seperti biasa, mungkin akan ada beberapa perubahan tarikh bagi pelancaran MIUI 10 ini pada peranti Xiaomi kelak.

Tambahan lagi, setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai penerimaan peranti Poco F1 bagi sistem MIUI 10 ini. Namun, peranti berkenaan telah mula menerima kemaskini MIUI 10 versi beta global sejak beberapa minggu lalu.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY