Ketahui Perkara Baru Yang Ada Pada MIUI 10

Beberapa peranti Xiaomi sudah mula menerima kemaskini MIUI 10 sebagai “kulit” yang membaluti sistem operasi Android  yang digunapakai. Antaranya ialah Mi 8, Redmi Note 5 dan Mi Mix 2S. Seperti yang dijanjikan Xiaomi, lebih banyak peranti mereka yang akan menerima kemaskini berkenaan termasuklah Redmi 5, Mi 6 dan Mi Mix 2.

Jadi, apa pula pembaharuan yang dibawa pada sistem terbaru kali ini? Jom, kami kenalkan anda dengan lima fungsi/ciri terbaru yang ada pada MIUI 10 kali ini.

1. Menu aplikasi terkini(recent menu) yang baru

Xiaomi mengemaskini skrin aplikasi terkini dengan reka bentuk yang memanfaatkan sepenuhnya keluasan skrin. Menu baru ini berbeza dengan MIUI 9 di mana ia menggunakan gaya portrait berbanding landskap sebelum ini.

2. Isyarat tangan skrin penuh

Isyarat tangan menjadi semakin menarik dengan kepelbagaian fungsi yang boleh dilaksanakan menggunakannya. Anda tidak lagi perlukan butang fizikal untuk kembali ke skrin sebelumnya, buka aplikasi terdahulu dan sebagainya.

3. Fungsi potrait bagi peranti lensa tunggal

Pengguna peranti Xiaomi dengan kamera utama lensa tunggal yang menyokong MIUI 10 akan dapat mengambil gambar secara portrait melalui AI Portrait. Fungsi ini kebiasaannya hanya menyokong peranti dwi-lensa, namun dengan MIUI 10, ia boleh dinikmati oleh pengguna peranti berlensa tunggal.

4. Pelaras bunyi dan kecerahan skrin baru

MIUI 10 kali ini turut membawa beberapa perubahan kecil seperti pelaras bunyi dan kecerahan skrin yang baru. Perubahan yang agak kecil, namun menarik.

5. Tindakbalas yang lebih pantas

Kemaskini MIUI terbaru ini akan membolehkan peranti memberikan tindakbalas dengan lebih pantas dan cekap. Ia dibantu dengan 14 pengoptimum sistem seperti pengurusan cache, pengosongan cache automatik dan pengurusan aktiviti belakang yang lebik efisyen.

Kami harap perkongsian kami pada kali ini mampu memberi serba sedikit gambaran awal mengenai MIUI 10 dari Xiaomi kepada pengguna atau bakal pengguna peranti Xiaomi.

 

Sumber

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408