Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI_Fox 13

Hukum Guna Bantuan AI Untuk Siapkan ‘Assignment’

Diterbitkan Oktober 5, 2023 oleh Amalina Athman

Seiring dengan kemajuan teknologi, ramai pengguna mula beradaptasi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi menyiapkan tugasan dan sebagainya. Namun, apa hukumnya jika menggunakan AI bagi tujuan itu?

Berkaitan

  • Mufti WP: Hukum Bermain Telefon Dan Menjawab Panggilan Ketika Khutbah Jumaat
  • Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan,

kami berpendapat tidak mengapa jika seseorang itu menggunakanAI atau apa-apa alat bantu lain dalam menyiapkan tugasan (assignment) mereka dengan syarat ia tidak melibatkan perbuatan menipu, tidak berlaku plagiarisme, mengambil hasil karya, idea, atau kata-kata orang lain tanpa keizinan, pelanggaran hak cipta terpelihara dan seumpamanya.

Ia berikutan mereka tetap terlibat dalam menyiapkan tugasan itu. Penggunaan AI seperti ChatGPT dan alat-alat bantu lain hanyalah sebagai pemudahcara dalam menyiapkan tugasan tersebut.

Bagaimanapun, Dr. Zulkifli menyatakan tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan AI atau alat-alat bantu lain secara berlebihan dalam menyiapkan suatu tugasan akan merencatkan daya berfikir pelajar, sekali gus mengurangkan manfaat yang dapat diperolehi melalui tugasan tersebut.

Apatah lagi, jika tugasan tersebut berkaitan dengan kelayakan bagi kenaikan pangkat atau mendapatkan markah tertentu bagi melayakkannya mendapat kedudukan tertentu.

Sementara itu, bagi perbuatan menipu, mencuri hasil karya orang lain dan seumpamanya pula termasuk dalam perbuatan yang diharamkan serta pelakunya dianggap berdosa.

Sumber: Maktabah Al-Bakri

Gambar utama: Fox 13

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY