Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Manfaat Berjalan Selepas Makan Yang Ramai Tidak Tahu

Manfaat Berjalan Selepas Makan Yang Ramai Tidak Tahu

Diterbitkan Februari 13, 2026 · Dikemas kini Februari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas makan, tubuh memasuki fasa “rehat dan hadam” di mana otak dan usus berkomunikasi secara aktif.

Kajian menunjukkan pergerakan ringan seperti berjalan selepas makan mampu menurunkan paras gula darah kerana otot menarik glukosa tanpa bergantung sepenuhnya pada insulin.

Ini amat bermanfaat bagi individu dengan rintangan insulin atau mereka yang makan pada waktu malam.

“Senaman memintas kecacatan dalam isyarat insulin. Ia membuka pintu untuk glukosa memasuki sel—walaupun pada orang yang mempunyai rintangan insulin.” kata Gerald Shulman, profesor perubatan di Yale.

Ini bermakna pergerakan memberi badan anda laluan kedua untuk menguruskan gula dalam darah.

Ia boleh membantu mengurangkan lonjakan mendadak selepas makan dan mengurangkan beban kerja pada pankreas anda.

Selain itu, berjalan meningkatkan aliran darah ke organ pencernaan dan menyokong fungsi saraf vagus yang menghubungkan usus dengan otak, sekali gus mempengaruhi rasa kenyang dan emosi.

Kajian juga menekankan, pergerakan tidak perlu berat di mana dengan hanya 10–15 minit berjalan sudah cukup untuk mengurangkan lonjakan gula darah, malah aktiviti ringkas seperti menaiki tangga atau bergerak seketika ketika duduk lama turut memberi kesan positif.

Waktunya pula tidak semestinya tepat.

Menurut Loretta DiPietro, seorang saintis senaman dan pemakanan di Universiti George Washington mengatakan bahawa bergerak kira-kira 30 minit selepas anda selesai makan mungkin merupakan masa yang ideal, tetapi menyatakan bahawa manfaatnya bermula sebaik sahaja orang mula bergerak.

Apa yang penting adalah konsistensi sebagai kuncinya.

Tabiat berjalan selepas makan setiap hari boleh melindungi kesihatan metabolik jangka panjang serta mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung.

Ringkasnya, berjalan walaupun merupakan langkah kecil tetapi membawa impak besar kepada tubuh dan minda kita.

Kajian moden ini juga membuktikan bahawa sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diamalkan iaitu bergerak selepas makan bukan sekadar adab atau ikutan tetapi terbukti memberi manfaat kesihatan berpanjangan kepada tubuh kita.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • UTHM Hasilkan Kasut Kulit Dari Batang Pisang, Terima 'Standing Ovation' Penonton INNOVATHON
  • Cara Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY