Nike meraikan ulang tahun Kobe Bryant, lagenda Los Angeles Lakers secara istimewa. Dalam sambutan yang disebut “Mamba Week“, Nike akan melancarkan beberapa barangan Kobe Bryant sepanjang minggu ini. Usaha ini adalah sebagai tanda memperingati ulang tahun ke-42 juara NBA sebanyak 5 kali pada hari Ahad, 23 Ogos.
Warisan Black Mamba akan sentiasa diingati dan satu cara untuk mengekalkannya adalah melalui barangan yang Kobe pernah bekerjasama dalam menghasilkannya.
Dengan itu, Nike mengeluarkan pelbagai rekaan Nike Kobe 5 Protro termasuk “What If?“, kolaborasi dengan Undefeated, dan juga pengeluaran semula jersi Los Angeles Lakers “Black Mamba” City Edition.
Bukan sahaja Nike memberi penghormatan melalui barisan produk itu, bahkan Nike Foundation juga telah mengumumkan akan menyumbangkan US$1 juta (~RM4.1 juta) kepada Mamba and Mambacita Sports Foundation untuk mengenang Kobe, anaknya Gianna, dan tujuh orang yang turut kehilangan nyawa secara tragis pada bulan Januari yang lalu.
Berikut adalah senarai barangan yang akan dikeluarkan oleh Nike sepanjang “Mamba Week” tahun ini:
1. Nike Kobe 5 Protro ‘Big Stage’
Harga: US$180 (~RM752) Tarikh dikeluarkan: Ahad, 23 Ogos
Sempena ulang tahun ke-10 Kobe Bryant memegang gelaran pemenang NBA ke-5, dan untuk mengenang, Nike mengambil inspirasi dari kasut yang dipakai oleh Kobe dalam gelanggang dengan keluaran Nike Kobe 5 Protro “Big Stage”. Rekaan ini menggabungkan warna asli home dan away Kobe 5 “Big Stage” tetapi ditambah dengan perincian tatu yang diinspirasikan oleh pencapaian-pencapaian Kobe dari musim ’09-’10.
2. Nike Kobe 5 Protro ‘5X Champ’
Harga: US$180 (~RM752) Tarikh dikeluarkan: Isnin, 24 Ogos
Bertemakan warna jaket kejuaraan yang dipakai oleh Kobe selepas kejuaraan NBA kedua dan ketiga, Nike Kobe 5 Protro “5X Champ” ini hadir dengan warna pasukan Los Angeles Lakers. Bahagian atas kasut dikenakan dengan tekstur berwarna ungu dan dipasangkan dengan aksen hitam dan juga emas.
3. Los Angeles Lakers City Edition Jersey
Harga: US$120 (~RM501) Tarikh dikeluarkan: Isnin, 24 Ogos
4. Undefeated x Nike Kobe 5 Protro ‘What If?’
Harga: Belum diumumkan Tarikh dikeluarkan: Khamis, 27 Ogos
5. Nike Los Angeles Lakers Authentic Jersey
Harga: US$225 (~RM939) Tarikh dikeluarkan: Khamis, 27 Ogos
6. Nike Kobe 5 Protro ‘Girls EYBL’
Harga: US$180 (~RM752) Tarikh dikeluarkan: Sabtu, 29 Ogos
Sumber: Nike News
Baca lagi: Pandangan Pertama Rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz