Pandangan Pertama Rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz

Pada bulan Julai, Mercedes-Benz telah mengumumkan kerjasama dengan Virgil Abloh melalui laman Instagramnya. Dan kini, kita telah diperlihatkan pandangan pertama rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz ini.

pandangan pertama rekaan g-wagen virgil

Tidak banyak yang diketahui mengenai "Project Geländewagen" ini selain dari tujuannya untuk menggabungkan fesyen dan seni dengan model Mercedes-Benz G-Wagen. Walaupun kolaborasi ini akan dilancarkan pada 8 September 2020, pengeluar kereta mewah tersebut telah berkongsi gambar-gambar acah mengenai apa yang akan ditampilkan.

Gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagram Mercedes-Benz ini merangkumi gambar closeup "Project Geländewagen" yang sangat unik. Gambar-gambar tersebut menunjukkan elemen replika yang lain daripada lain. Ia termasuk cat berwarna kelabu-putih terang, odometer retro, dan perincian tayar bertulis "Geländewagen" - Bahasa Jerman untuk SUV - berwarna kuning terang.

https://www.instagram.com/p/CEHmVDLCEoo/?utm_source=ig_embed

"Project Geländewagen" akan dilelong akhir tahun ini dengan hasil yang akan disumbangkan kepada badan amal yang berfokus pada seni. Selanjutnya, pemenang lelongan ini akan mendapat akses eksklusif kepada pencipta bersama. Individu ini juga akan diperkenalkan secara peribadi mengenai inspirasi dan aspirasi di sebalik karya hebat ini.

Virgil Abloh juga ada menunjukkan gambar baju di laman Instagramnya yang berkemungkinan tinggi adalah sebahagian dari koleksi pakaian kolaborasi ini nanti.

https://www.instagram.com/p/CEJyvibJggb/?utm_source=ig_embed

Jadi apa pendapat anda tentang pandangan pertama rekaan G-Wagen Virgil Abloh ini?

Nantikan pelancaran Mercedes-Benz G-Wagen "Project Geländewagen" pada 8 September. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Mercedes-Benz.

Sumber: Hypebeast & Highsnobiety