Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Touch ’n Go Phishing Alert

MyCERT: Scam “Bantuan TnG” Menyamar Sebagai TNG Digital, Sasar Ambil Alih Akaun Telegram

Diterbitkan Oktober 22, 2026 oleh Amalina Athman

Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) kini mengesan kempen pancingan data atau phishing yang menyamar sebagai TNG Digital menerusi laman palsu “Bantuan TnG” untuk mengambil alih akaun Telegram pengguna.

Menurut amaran keselamatan MyCERT, laman tersebut meminta pengguna memasukkan nama penuh seperti yang tertera pada MyKad dan nombor telefon. Pengguna kemudian diminta memasukkan kod log masuk Telegram lima digit, diikuti kata laluan pengesahan dua langkah (2FA) Telegram.

bantuan TNG phishing_1

Kod tersebut sebenarnya digunakan untuk membenarkan sesi log masuk Telegram pada peranti penyerang. Jika mangsa turut menyerahkan kata laluan 2FA, penyerang boleh mendapatkan akses berterusan kepada akaun berkenaan. Akaun yang telah diambil alih kemudian boleh digunakan untuk menyebarkan penipuan sama kepada kenalan mangsa.

bantuan TNG phishing_2
Foto: MyCERT

MyCERT turut mendedahkan kempen ini melibatkan rangkaian 37 blog di bawah satu profil Blogger. Selain menyamar sebagai TNG Digital melalui tawaran “Bantuan TnG”, rangkaian tersebut turut menggunakan pancingan lain seperti tawaran pekerjaan, umrah percuma dan sebagainya. Blog berkaitan dikenal pasti menyasarkan pengguna di beberapa negara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Itali.

bantuan TNG phishing_3
Foto: MyCERT

Pengguna dinasihatkan supaya tidak memasukkan kod log masuk Telegram atau kata laluan 2FA ke dalam laman bantuan dan pemberian ganjaran yang mencurigakan. Proses bantuan e-dompet atau bantuan kerajaan yang sah tidak memerlukan akses kepada akaun Telegram pengguna.

Sekiranya sudah memasukkan maklumat tersebut, MyCERT menasihatkan pengguna supaya segera menukar kata laluan pengesahan dua langkah Telegram, menamatkan semua sesi aktif yang tidak sepatutnya dan memaklumkan kepada kenalan mereka. Pengguna juga boleh melaporkan pautan mencurigakan kepada Cyber999 melalui talian 1-300-88-2999 atau e-mel [email protected].

Bagi mengelakkan terpedaya dengan laman seumpama ini, semak maklumat mengenai TNG Digital atau bantuan yang ditawarkan melalui laman web dan aplikasi rasminya sahaja.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
  • Claude Duet Boleh Terus Buat Kerja Walaupun Komputer Dimatikan
  • Pepijat Kritikal PHP2Shell Ancam Hampir 70% Laman Web Dunia, Tahap Bahaya Dinilai 9.2/10
  • EA Tutup Studio Bioware, 400 Pekerja Bakal Terjejas
©2026 WISER.MY