Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia, Timor-Leste Meterai Dua MoU Telekomunikasi Dan Media

Malaysia, Timor-Leste Meterai Dua MoU Telekomunikasi Dan Media

Diterbitkan Oktober 27, 2025 oleh ariff bukhari

Di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Malaysia dan Timor-Leste telah memeterai 2 Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala.

MoU tersebut melibatkan kerjasama dalam bidang telekomunikasi serta maklumat dan media, yang ditandatangani oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama rakan sejawat dari Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Miguel Marques Gonçalves Manetelu, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, serta Tuan Yang Terutama Expedito Loro Dias Ximenes, Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste.

Malaysia, Timor-Leste Meterai Dua MoU Telekomunikasi Dan Media
Malaysia, Timor-Leste Meterai Dua MoU Telekomunikasi Dan Media

MoU pertama memberi tumpuan kepada memperkukuh infrastruktur digital, meningkatkan kesalinghubungan, dan memperluas perkongsian kepakaran teknikal kedua-dua negara.

MoU kedua pula menekankan Pembangunan Maklumat dan Media untuk menggalakkan pertukaran maklumat, perkongsian berita, serta memperkasa pembangunan profesional media.

Kerjasama ini mencerminkan hubungan erat yang telah terjalin sejak Malaysia menjadi antara negara pertama mengiktiraf kemerdekaan Timor-Leste pada tahun 2002.

Timor-Leste kini secara rasmi Negara Anggota ke-11 ASEAN.

Berkaitan

  • Melaka Perkenal Kubur Digital, Mudahkan Waris Cari Kubur
  • AS, Malaysia Tandatangani Perjanjian Perdagangan Baharu Fokus Mineral Kritikal
  • TNB, SGCC Jalin Kerjasama Perkukuh Pembangunan Grid Kuasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
©2026 WISER.MY