Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teknologi, malaysia

Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026

Diterbitkan November 12, 2026 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data terkini IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026, Malaysia berada di ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dunia.

Ia merupakan lonjakan besar sebanyak 7 anak tangga di mana sebelum ini, Malaysia di tangga ke-34 pada tahun lalu, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.

PMX, yang turut berkongsikan pencapaian membanggakan ini menyatakan, pencapaian ini didorong khususnya oleh peningkatan 21 anak tangga dalam Penggunaan AI ke kedudukan ke-14 dunia, Kecekapan melonjak 10 anak tangga ke kedudukan ke-28 dan pelaksanaan strategi AI nasional di tangga ke-12.

Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
Malaysia turut mencatat kedudukan ke-18 bagi Pembangunan Tenaga Kerja, ke-14 dunia bagi penerimaan AI, ke-18 bag ibakat dan ke-10 bagi pendidikan dan latihan.


PMX memaklumkan, Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 (Negara AI 2030) menyasarkan pewujudan sehingga 300,000 pekerjaan baharu berkaitan AI serta sumbangan tambahan kepada pertumbuhan KDNK sehingga 1.2 mata peratusan menjelang 2030.

Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
Malaysia turut mencatat kedudukan kedua dunia bagi graduan sains, kelima bagi modal teroka, keenam bagi eksport berteknologi tinggi dan kelapan bagi insentif pelaburan AI.
Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026

Namun, laporanĀ  IMD 2026 turut mendedahkan beberapa kekangan utama yang menghalang penskalaan AI di Malaysia.

Isu keselamatan siber dan kebocoran data muncul sebagai kebimbangan tertinggi (66.1%), diikuti rapat oleh ketidakpastian peraturan tadbir urus AI (60.6%) serta kos peralatan dan pengkomputeran yang tinggi (56.9%).

Secara keseluruhannya, walaupun Malaysia menunjukkan momentum kukuh dalam asas teknologi dan bakat, usaha memperkukuh keselamatan siber serta kejelasan kawal selia amat penting bagi memastikan penggunaan AI yang mampan pada masa hadapan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
  • Menjelang Pelancaran GTA 6, Logitech Tawar Cuti Sehari Kepada 7,000 Pekerja Untuk Main 'Game' Pilihan
  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
©2026 WISER.MY