Telefon pintar bukan sekadar digunakan untuk berkomunikasi dan mengakses internet, malah mempunyai beberapa ciri keselamatan yang boleh membantu ketika berlakunya kecemasan.
Salah satu ciri yang sangat berguna ialah ‘Emergency Contact’ atau lebih dikenali sebagai kenalan kecemasan. Melalui fungsi ini, anda boleh menyimpan nombor individu yang penting supaya mudah dihubungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Yang menariknya, maklumat kenalan kecemasan ini boleh diakses melalui skrin kunci bagi peranti yang menyokong fungsi tersebut. Jadi, orang lain boleh mendapatkan maklumat penting tanpa perlu membuka kunci telefon anda.
Cara aktifkan Emergency Contact pada iPhone
Buka settings dan cari fungsi Health.
Pilih Medical ID.
Cipta ID perubatan anda.
Isi semua maklumat yang diminta dan letakkan juga Emergency Contact. On kan juga 'Show When Locked' supaya Emergency Contact tersebut dipaparkan pada skrin kunci.
Apabila sudah selesai isi, Emergency Contact akan dipaparkan pada skrin kunci dan boleh diakses tanpa perlu membuka kunci peranti.
Klik pada bahagian Medical ID untuk melihat contact yang isi tadi.
Di sini, anda boleh melihat senarai Emergency Contact yang telah ditambah.
Tidak lupa juga, Emergency Contact juga boleh diakses melalui menu panggilan kecemasan apabila anda menekan butang Power Off.
Bagi pengguna Android pula, anda boleh pergi ke Settings > Safety & Emergency > Emergency Contacts > Tambah Emergency Contacts.
Mungkin paparan dalam tetapan ini berbeza mengikut jenama. Jadi, cara paling mudah ialah menaip “emergency” pada carian dalam aplikasi Settings.
Selepas selesai, kunci telefon dan tekan butang Emergency atau Emergency call pada skrin kunci. Pada iPhone, pilih Medical ID. Pada Android, cari pilihan Emergency information atau Medical info. Jika kenalan yang ditetapkan dipaparkan, fungsi ini sudah aktif.

Penutup
Fungsi ‘Emergency Contact’ mungkin nampak ringkas, tetapi ia boleh menjadi salah satu ciri keselamatan yang berguna pada telefon pintar. Dengan menetapkan nombor ahli keluarga atau individu yang dipercayai, orang lain boleh menghubungi mereka sekiranya berlaku situasi kecemasan. Jangan tunggu sehingga sesuatu berlaku baru nak aktifkan fungsi ini.
