Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SOLAR ATAP_ARUS ENERG

Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home

Diterbitkan November 12, 2026 ยท Dikemas kini November 12, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menilai kemungkinan menambah baik atau melanjutkan pelaksanaan program SuRIA Home selepas tempoh pelaksanaannya berakhir pada 31 Disember, 2026.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan masih meneliti keperluan untuk meneruskan program berkenaan tahun depan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa pengguna yang telah memohon dan mendapat kelulusan akan tetap layak menerima rebat ditawarkan, meskipun pemasangan sistem solar di kediaman belum selesai selepas program itu tamat.

Pemasangan bagi pemohon yang telah diluluskan perlu disiapkan selewat-lewatnya pada Mac 2027 bagi membolehkan pengguna menikmati rebat berkenaan, katanya.

“Berhubung kait dengan SuRIA Home, kita masih ada baki RM90 juta. Jadi, memang kita akan sambungkan. Bagi mereka yang telah memohon dan permohonan diluluskan, mereka akan dapat meneruskan pemasangan solar dengan syarat solar mesti disiapkan pemasangan sehingga Mac tahun depan dan mereka akan masih dapat rebat yang telah diputuskan oleh kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Terdahulu, menjawab mengenai pencapaian terkini program Solar ATAP dan SuRIA Home, beliau berkata sebanyak 24,291 permohonan di bawah program Solar ATAP dengan kapasiti keseluruhan 391.85 megawatt (MW) telah diluluskan setakat 15 September 2026, meningkat hampir 190% dalam tempoh 4.5 bulan.

Program Solar ATAP yang bermula pada awal tahun ini dilaksanakan secara terbuka tanpa kuota khusus, membolehkan pengguna domestik, komersial, industri dan kategori lain memasang sistem solar bagi kegunaan sendiri.

Bagi meningkatkan kemampuan pengguna domestik, kerajaan memperkenalkan program SuRIA Home dengan peruntukan RM150 juta yang menyasarkan antara 45,000 hingga 50,000 kediaman, tertakluk kepada kuota kapasiti 250MW. Melalui program ini, pengguna yang layak boleh menerima rebat RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar, dengan had maksimum RM3,000 atau bersamaan 5kWac.

Untuk memastikan manfaat peralihan tenaga dapat diperluas kepada kumpulan B40 dan M40, Fadillah berkata PETRA akan terus menilai prestasi Solar ATAP dan SuRIA Home, struktur kos pemasangan dan pilihan pembiayaan yang bersesuaian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada aspek keselamatan pemasangan sistem solar serta risiko manipulasi harga oleh pembekal atau pemasang yang tidak berdaftar.

Beliau menasihatkan pengguna supaya merujuk PETRA, Tenaga Nasional Bhd (TNB) atau Suruhanjaya Tenaga (ST) sebelum mendapatkan perkhidmatan pemasangan bagi mengelakkan risiko manipulasi harga dan kualiti sistem.

“Memang kita nak galakkan pemasangan ini mesti dibuat oleh mereka yang berdaftar sebab ciri-ciri keselamatan amat penting sekali. Bila solar ini dipasang, kedudukan rumah itu adalah selamat dari segi pematuhan dari segi standard dan sebagainya,” katanya.

Fadillah turut meminta pengguna yang berdepan masalah dengan pemasang tidak berdaftar supaya merujuk kepada kementerian untuk tindakan siasatan.

Berkaitan

  • Gantikan NEM, Inisiatif Solar ATAP Akan Dilaksanakan Bermula 1 Januari 2026
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Petra Lancar SuRIA Home - Tawar Rebat Solar Sehingga RM3,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
  • Menjelang Pelancaran GTA 6, Logitech Tawar Cuti Sehari Kepada 7,000 Pekerja Untuk Main 'Game' Pilihan
  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
©2026 WISER.MY