Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar

UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar

Diterbitkan November 12, 2026 · Dikemas kini November 12, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melangkah setapak ke hadapan dalam usaha mewujudkan kampus pintar melalui pembangunan platform menjejaki perkhidmatan bas universiti pada masa nyata.

Dikenali sebagai MyCampus Bus Tracker, platform ini adalah sebuah aplikasi mudah alih dan web komprehensif yang direka khusus untuk meningkatkan aspek keselamatan, mengoptimumkan kecekapan operasi, serta memperkukuh kepercayaan warga kampus terhadap perkhidmatan bas universiti.

Pembangunannya diketuai oleh Dr. Nor Asiah Mohamad@Razak dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (iCT)  Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Bahagian Pengangkutan (BTRANS) serta Jabatan Bendahari UPSI.

UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
MyCampus Bus Tracker, sistem pintar yang membolehkan pemantauan pergerakan bas, pematuhan had laju dan rekod perjalanan dilaksanakan secara sistematik bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan serta ketelusan perkhidmatan pengangkutan kampus.

Bagi memastikan keselamatan maksimum, sistem ini dilengkapi ciri pemantauan keselamatan masa nyata (real-time) yang mengesan lokasi bas melalui GPS secara langsung serta menghantar amaran automatik sekiranya pemandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Malah, teknologi geofencing turut digunakan bagi memastikan bas berhenti mematuhi masa minimum di setiap hentian wajib.

Bagi para penuntut universiti, aplikasi ini membolehkan mereka menyemak jadual laluan, melihat anggaran masa ketibaan (ETA), menerima notifikasi ketibaan bas, serta menghantar aduan bergambar atau penilaian terhadap pemandu dan keadaan bas secara terus.

UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar

Selain itu, platform ini turut membantu pengurusan operasi perkhidmatan bas yang akan dapat memantau jadual perjalanan, prestasi pemandu, serta menguruskan tuntutan kewangan kontraktor dan potongan perjalanan secara digital dan telus.

Kesimpulannya, inovasi oleh pasukan Dr. Nor Asiah Mohamad@Razak ini menawarkan penyelesaian bagi pelbagai cabaran pengangkutan mahasiswa seperti kesesakan pada waktu puncak dan kekurangan ruang parkir, di samping menyokong kelestarian kampus hijau melalui pengurangan pelepasan karbon.

Malah, ia memberi kemudahan kepada pelajar universiti yang semata-mata bergantung kepada perkhidmatan bas universiti, sekali gus mengelakkan mereka lewat ke kelas.

Selain itu, platform ini memudahkan pelajar melaporkan sesuatu seperti berlakunya perlanggaran peraturan.

Jadi, dengan adanya platform ini, keselamatan pelajar akan lebih terjamin dan pelajar lebih  yakin menggunakan perkhidmatan bas universiti untuk ke fakulti bagi mengikuti kuliah.

Aplikasi MyCampus Bus Tracker ini dijangkakan bakal tersedia untuk dimuat turun menerusi platform Google Play secara rasmi bermula 1 Januari 2027 akan datang.

Cuma, untuk peringkat awalnya, platform ini hanya akan tersedia khusus untuk pelajar UPSI sahaja.

Namun, UPSI merancang untuk mengkomersialkan MyCampus Bus Tracker ini ke universiti-universiti di seluruh Malaysia di masa hadapan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
©2026 WISER.MY