Pernah menerima notifikasi bahawa storan akaun Google anda hampir penuh? Masalah ini boleh berlaku apabila terlalu banyak fail, gambar, video dan e-mel disimpan dalam akaun yang sama sehingga ruang yang disediakan tidak lagi mencukupi.
Untuk makluman, setiap akaun Google peribadi menyediakan sehingga 15GB storan percuma yang dikongsi antara Google Drive, Gmail dan Google Photos. Ini bermakna fail yang disimpan dalam ketiga-tiga perkhidmatan tersebut menggunakan ruang storan daripada kapasiti yang sama.
Apabila storan mencapai had maksimum, pengguna mungkin tidak dapat memuat naik fail baharu ke Google Drive, membuat sandaran gambar dan video ke Google Photos serta menghantar atau menerima e-mel melalui Gmail.
Namun, anda tidak semestinya perlu melanggan Google One untuk mendapatkan ruang tambahan. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurus dan mengosongkan storan yang sedia ada.
Cara muat turun semua gambar Google Photos ke laptop
Buka Google Takeout atau search laman web https://takeout.google.com/ dan log masuk ke akaun Google anda.
Klik pilihan Deselect All untuk menyahpilih dan tandakan pilihan Google Photos sahaja.
Pilih Send Download Link Via Email kemudian klik Create Export.
Tunggu sehingga Google menghantar e-mel yang mengandungi pautan muat turun.
Buka e-mel tersebut dan muat turun fail ke laptop.
Selepas selesai, ekstrak fail ZIP untuk mengakses gambar dan video anda.
Mengurus storan akaun Google sebenarnya tidak memerlukan langkah yang rumit. Dengan menyemak fail bersaiz besar, memadam e-mel lama, membersihkan gambar dan video serta mengosongkan folder ‘Trash dan Spam’, anda boleh mendapatkan semula ruang storan yang digunakan. Google One Storage Manager juga boleh membantu mengenal pasti kandungan yang menggunakan ruang paling banyak.
Bagi pengguna Google Photos, pemindahan gambar dan video melalui Google Takeout boleh menjadi alternatif sebelum memadam fail asal.
Walau bagaimanapun, pautan muat turun yang diberikan Google hanya sah selama tujuh hari. Pastikan semua fail berjaya dimuat turun, boleh dibuka dan mempunyai salinan sandaran dalam cakera keras luaran, SSD, pemacu USB atau storan awan lain sebelum memadamkan fail asal.
Oleh itu, sebelum melanggan storan tambahan, cuba semak dan bersihkan akaun Google terlebih dahulu. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan ruang, malah membantu memastikan fail dan maklumat penting disimpan dengan lebih teratur dan selamat.


