Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WISER (169)) (5)

Cara ‘Refund’ Baki Duit Kad Touch ‘n Go Yang Dah ‘Expired’

Diterbitkan November 12, 2026 oleh srhhazirah

Kad Touch ‘n Go bukan sahaja digunakan untuk pembayaran tol, malah turut memudahkan urusan pembayaran pengangkutan awam atau membayar parkir. Namun, setiap kad mempunyai tempoh sah penggunaan tertentu, dan anda mungkin tidak dapat menggunakannya lagi apabila kad tersebut tamat tempoh.

Kad yang sudah tamat tempoh tidak bermaksud baki wang di dalamnya terus lesap. Pengguna sebenarnya masih boleh membuat permohonan bayaran balik atau refund bagi baki yang masih ada dalam kad tersebut melalui portal rasmi Touch ‘n Go.

Yang menariknya, permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Jadi, jika anda masih mempunyai kad Touch ‘n Go lama yang sudah tamat tempoh, berikut merupakan langkah untuk mendapatkan semula baki wang yang masih tersimpan di dalamnya.

Cara dapatkan semula duit dalam kad TNG yang dah expired

  1. Buka laman web Touch 'n Go https://consumer.touchngo.com.my/login untuk proses refund. Imbas kod QR yang diberikan untuk log masuk akaun TNG. Buka laman web Touch 'n Go https://consumer.touchngo.com.my/login untuk proses refund. Imbas kod QR yang diberikan untuk log masuk akaun TNG.
  2. Selepas berjaya log masuk, pergi ke bahagian Menu yang terdapat pada halaman portal tersebut. Selepas berjaya log masuk, pergi ke bahagian Menu yang terdapat pada halaman portal tersebut.
  3. Dalam senarai menu, klik pilihan 'Card & Charm' untuk memulakan proses refund bagi kad Touch 'n Go yang telah tamat tempoh. Dalam senarai menu, klik pilihan 'Card & Charm' untuk memulakan proses refund bagi kad Touch 'n Go yang telah tamat tempoh.
  4. Seterusnya, pilih 'Request Refund' untuk membuat permohonan bayaran balik baki wang daripada kad anda. Seterusnya, pilih 'Request Refund' untuk membuat permohonan bayaran balik baki wang daripada kad anda.
  5. Pada bahagian ini, anda perlu memilih sebab permohonan 'refund'. Pada bahagian ini, anda perlu memilih sebab permohonan 'refund'.
  6. Selepas memilih sebab permohonan, senarai kad yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Pilih kad Touch 'n Go yang ingin ditamatkan dan dibuat 'refund'. Selepas memilih sebab permohonan, senarai kad yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Pilih kad Touch 'n Go yang ingin ditamatkan dan dibuat 'refund'.
  7. Isi semua maklumat yang diminta oleh portal untuk meneruskan proses permohonan 'refund'. Isi semua maklumat yang diminta oleh portal untuk meneruskan proses permohonan 'refund'.
  8. Pada bahagian ini, pilih kaedah pembayaran balik yang disediakan untuk menerima wang 'refund' tersebut. Pada bahagian ini, pilih kaedah pembayaran balik yang disediakan untuk menerima wang 'refund' tersebut.
  9. Semak semula semua maklumat yang telah diisi. Jika semuanya betul, klik butang 'Submit' untuk menghantar permohonan 'refund'. Semak semula semua maklumat yang telah diisi. Jika semuanya betul, klik butang 'Submit' untuk menghantar permohonan 'refund'.

Selepas permohonan berjaya dihantar, tunggu sehingga proses bayaran balik selesai. Tempoh penerimaan wang bergantung pada proses dan kaedah pembayaran yang dipilih.

Perkara yang anda perlu ambil tahu

  • Pastikan kad Touch ‘n Go didaftarkan pada portal bagi memudahkan prosesĀ refund.
  • Permohonan perlu dibuat oleh pemilik produk yang berdaftar.
  • Bayaran balik boleh dikreditkan ke akaun bank atau akaun TNG eWallet yang telah disahkan, tertakhluk pada syarat yang ditetapkan.
  • Pastikan maklumat pemilik kad dan akaun penerima bayaran sepadan.
  • Simpan bukti dan nombor rujukan permohonan untuk tujuan susulan.

Jika anda menghadapi masalah semasa membuat permohonan, anda boleh menghubungi Touch ‘n Go melalui e-mel [email protected] atau talian 03-27148888.

Berkaitan

  • Cara Tonton Netflix Di PC Pada Kualiti Ultra HD (4K) Di Pelayar Chrome, Edge Atau Safari
  • 3 Telefon 'Flagship' Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
  • Menjelang Pelancaran GTA 6, Logitech Tawar Cuti Sehari Kepada 7,000 Pekerja Untuk Main 'Game' Pilihan
  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
©2026 WISER.MY