Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Destinasi Ke-17 Terbaik Di Dunia Bagi ‘Digital Nomad’

Malaysia Destinasi Ke-17 Terbaik Di Dunia Bagi ‘Digital Nomad’

Diterbitkan Oktober 31, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia muncul sebagai destinasi ke-17 terbaik dunia bagi digital nomad bagi tahun 2025, menurut laporan Global Citizen Solutions.

Negara ini memperoleh skor keseluruhan 87.93 markah, sekaligus mengatasi negara jiran, Thailand di tangga ke -44 dan Indonesia yang berada di tangga ke-61.

Malah Malaysia diiktiraf sebagai negara ketiga terbaik dalam indeks ekonomi serta inovasi dinilai sebagai tinggi.

Bagaimanapun, bagi kelajuan internet di Malaysia, laporan itu hanya meletakkannya sebagai sederhana sahaja.

Sepanyol telah dinobatkan sebagai destinasi digital nomad terbaik dunia bagi tahun 2025,

Negara itu memperoleh skor keseluruhan 99.67, dengan markah penuh dalam kategori kewarganegaraan dan mobiliti, serta 94.68 dalam teknologi dan inovasi.

Cuaca cerah sepanjang 300 hari setahun juga menyumbang kepada skor kualiti hidup 91.53, menjadikan Sepanyol pilihan utama untuk gaya hidup jarak jauh.

Laporan ini menilai enam aspek utama meliputi prosedur visa, mobiliti, ekonomi, cukai, kualiti hidup dan teknologi.

10 negara teratas lain termasuk Belanda, Uruguay, Kanada, Czechia, Portugal, Perancis, UAE, Jerman dan Malta.

Malaysia Destinasi Ke-17 Terbaik Di Dunia Bagi ‘Digital Nomad’
10 destinasi digital nomad terbaik dunia bagi tahun 2025, menurut laporan Global Citizen Solutions.

Digital nomad ialah individu yang bekerja secara jarak jauh tanpa terikat lokasi tetap.

Mereka bebas berpindah antara negara sambil terus menjalankan tugas secara dalam talian.

Gaya hidup ini semakin popular kerana menawarkan fleksibiliti, pengalaman budaya baharu dan keseimbangan kerja-hidup yang lebih baik.

Malah wujud apa yang dipanggil sebagai visa digital nomad yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di negara tertentu seperti Sepanyol, Portugal dan Croatia.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Cara Mudah Laporkan Individu Merokok Di 28 Kawasan Larangan Merokok
  • Ketahui Had SAR Telefon Anda Dan Cara Kurangkan Pendedahan Gelombang RF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY