Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
solar storm

Malaysia Bertuah, Tidak Begitu Terkesan Dengan Fenomena Cuaca Angkasa, Ini Sebabnya

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 8, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua tahu, fenomena cuaca angkasa akan memberi kesan kepada kebanyakkan aktiviti di dalam ruang antara Matahari dan Bumi, termasuklah aktivti di permukaan Bumi.

Selain membahayakan nyawa angkasawan di angkasa lepas, cuaca angkasa juga boleh memberi kesan terhadap sistem telokomunikasi sehingga menyebabkan kerosakan pada komponen satelit, mengganggu sistem komunikasi, navigasi dan talian kuasa elektrik jarak jauh.

Malah ia juga berpotensi mempercepatkan proses pengakisan pada saluran paip bawah tanah.

kesan cuaca angkasa

Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya perlu rasa bersyukur kerana tidak begitu terkesan dengan fenomena cuaca angkasa ini.

Seperti yang dijelaskan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), planet Bumi mempunyai medan magnet (magnetosphere) untuk melindungi Bumi daripada partikel berbahaya yang bergerak dengan kelajuan tinggi dan sentiasa menghentam semua objek di ruang angkasa serta berupaya mengion atom dan zarah neutral di sekitar Bumi.

Selain itu, medan magnet Bumi mempunyai kekutuban yang menghala ke arah utara Bumi secara semula jadi.

Kawasan yang terletak di garisan Khatulistiwa ini mempunyai lapisan medan magnet yang tebal berbanding di negara-negara yang berlatitud tinggi.

Justeru, kesan cuaca angkasa tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem teknologi di negara-negara yang berlatitud rendah seperti Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa.
Cuaca angkasa
Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA) Azlikamil Napiah berkata, fenomena cuaca angkasa seperti ribut solar memang kerap berlaku.
Tetapi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak perlu panik kerana ia tidak terjadi secara tiba-tiba dan sehingga kini ia boleh dikawal dan dijangka kesannya.
Sumber: MYSA, FB MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair
  • Kereta Terbang Berharga RM1.4 Juta Ini Sudah Terima Hampir 3,000 Tempahan
  • Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY