Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7

Waktu Semenanjung Malaysia Tidak Dianjak Daripada GMT+8 kepada GMT+7

Diterbitkan Mac 6, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Kerajaan memaklumkan, tiada perancangan untuk menganjak penetapan waktu di Semenanjung daripada GMT+8 kepada GMT+7.

Perkara itu diberitahu oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan mengenai cadangan untuk menimbang agar waktu Semenanjung ditukar kepada GMT+7 berdasarkan kedudukan geografi dan pergerakan matahari yang sebenar agar rakyat dapat menjalani kehidupan seharian mengikut body clock sejajar dengan keseimbangan waktu.

Katanya, perbezaan waktu sejam tersebut tidak mempengaruhi kehidupan seharian. Malah, jam biologi manusia pun boleh mengadaptasi dengan perubahan ini.

Tambah beliau, perubahahan Waktu Standard Malaysia ini hanya akan membebankan rakyat.

Screenshot 2024-03-06 at 11.01.27 PM

Buat masa sekarang, waktu tersebut adalah termaktub dalam Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675) yang mana ia ditetapkan pada garis masa GMT+8. Juga dikenali sebagai Waktu Standard Malaysia.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, GMT+8 dipilih kerana waktu ini didapati lebih sesuai dari segi penjimatan ke atas waktu siang serta akibat atau impaknya ke atas keselesaan dan kebiasaan kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Imbas kembali, waktu rasmi bagi seluruh Malaysia ditetapkan 8 jam kehadapan GMT mulai 1 Jun 1982 yang mana tahun sebelum itu ia ditetapkan 7 dan setengah jam kehadapan GMT.

Bermakna, waktu semenanjung diubah 30 minit kehadapan untuk menyamai jam 12 tengah malam mengikut waktu Sabah dan Sarawak pada 31 Disember 1981.

(Majlis Pengukuran Kebangsaan telah dijadikan sebagai antara agensi di bawah MITI bermula 9 Julai 2020).

Berkaitan

  • Elon Musk Dakwa Manusia Pertama Dipasang Cip Neuralink Sudah Boleh Kawal Tetikus
  • HONOR Dan GSMA Ambil Langkah Pertama Teroka Masa Depan 6G
  • Perkara-Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wi-Fi 7

Sumber: Bernama, Sirim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY