Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair

Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair

Diterbitkan Februari 16, 2024 ยท Dikemas kini Februari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Aisberg gergasi yang dianggarkan hampir trilion tan yang dikenali sebagai A23a, telah dikesan memulakan putarannya pada awal tahun ini, sambil berada di kedudukan yang sama di utara Semenanjung Antartika.

Bongkah ais itu yang bersaiz lebih daripada dua kali ganda daripada ‘Greater London’ dijangka tidak lama lagi akan bergerak ke arah laluan arus kuat yang akan menolaknya ke Lautan Selatan.

Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair
Imej satelit NASA menunjukkan A23a berbentuk gigi berputar lebih daripada 360 darjah antara Disember dan Februari di utara Semenanjung Antartika.

Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aisberg itu dikesan membuat pergerakan besar yang dilihat sebagai cubaannya keluar dari benua itu.

Walau bagaimanapun, beberapa minggu kebelakangan ini ia telah dilihat hanyut ke utara pada kadar yang perlahan.

Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair

A23a kini sedang bergerak perlahan di sepanjang perairan antara Pulau Gajah dan Kepulauan Orkney Selatan – sebidang tanah kecil di hujung semenanjung.

Ia tidak dapat dilihat dalam imej satelit – tetapi A23a bersembunyi di belakang Permatang Scotia Selatan, yang seperti penerusan semenanjung yang tenggelam.

Sebaik sahaja aisberg itu melintasi rabung ini, ia akan memasuki Arus Circumpolar Antartika, salah satu pergerakan air yang paling berkuasa di planet ini.

Arus kuat itu dijangka akan menolak A23a, dibantu oleh angin kencang yang kuat, ke timur laut.

Aisberg Terbesar Di Dunia Dikesan Berpusing Dan Semakin Mencair
Menurut Kajian Antartika British (BAS), yang telah melawat A23a pada bulan Disember tahun lalu, aisberg itu bergerak ke utara pada kadar kira-kira 30 batu sehari.

A23a berpecah dari pantai Antartika pada tahun 1986 dahulu sebelum mendarat di bahagian cetek dasar Laut Weddell selama tiga dekad.

Hari ini, A23a masih meliputi kawasan seluas kira-kira 3,800 km persegi (1,470 batu persegi) tetapi proses hakisan dan lebur hanya akan mempercepatkan perjalanan ke perairan yang lebih panas.

aisberg a23a

Walaupun A23a secara beransur-ansur terhakis oleh ombak dan lebur akibat air yang lebih panas ketika bergerak ke utara, ia masih kekal sebagai asiberg terbesar di dunia sehingga ke hari ini.

Berkaitan

  • NASA Sahkan Penemuan Planet 'Super-Earth' Baharu "Hampir" Dengan Bumi
  • Cepat Muat Turun 'Game' Lumba Berharga RM79 Ini Sementara Percuma
  • Google Umum Gemini 1.5 Dengan Peningkatan Prestasi Dan Kecekapan

Sumber: BBC News, Daily Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY