Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Airlines_kredit Facebook_1

Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus – Malaysia Airlines

Diterbitkan November 2, 2026 oleh Amalina Athman

Malaysia Airlines memaklumkan maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber yang melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga yang digunakan syarikat penerbangan itu.

Menurut kenyataan Malaysia Airlines, insiden berkenaan mungkin telah menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026.

“Kami ingin meyakinkan pelanggan bahawa sistem IT milik Malaysia Airlines sendiri tidak terjejas dan setakat ini, tiada bukti menunjukkan maklumat kewangan telah diakses. Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan Amadeus serta pihak berkaitan untuk menyiasat insiden tersebut dan menilai kesannya,” menurut kenyataan Malaysia Airlines.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines setakat ini belum memperincikan jenis maklumat pelanggan yang mungkin terlibat atau jumlah pelanggan yang terkesan. Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan perkembangan lanjut akan dikongsi apabila lebih banyak maklumat diperoleh.

Sementara itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pelanggan dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang komunikasi yang mencurigakan atau tidak diminta, terutamanya mesej yang meminta maklumat peribadi atau kewangan.

Berkaitan

  • Malaysia Airlines Perkenal MAYA – Kru Kabin Digital Berkuasa AI Pertama Asia Pasifik
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY