Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei pura x

Makin Ramai Pengguna Di China Beli Telefon Lipat Huawei

Diterbitkan April 28, 2025 ยท Dikemas kini April 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Huawei terus memperkukuhkan penguasaan dalam pasaran telefon boleh lipat di China dengan menguasai 76.6% pasaran pada suku pertama (Q1) tahun 2025.

Menurut laporan IDC, kejayaan Huawei didorong oleh inovasi tinggi yang ditampilkan melalui pelbagai model terbaru seperti Pocket 2 dengan kamera empat lensa dan ciri satelit, Nova Flip di segmen pertengahan, Mate X6 dengan cip Kirin 5G terkini, serta Mate XT yang boleh dilipat tiga bahagian, sehingga menenggelamkan populariti iPhone 16 di China.

huawei IDC

Kini, Huawei turut melancarkan model baharu, Pura X, sebuah telefon mini boleh lipat yang menyerupai iPad mini, mencabar segmen sedia ada.

huawei pura x
Huawei Pura X

Dalam laporan yang sama, Honor berada di tempat kedua dengan 9.1% pasaran, diikuti oleh OPPO (7.1%), Xiaomi (2.6%), dan Samsung (2.4%). Jumlah penghantaran telefon boleh lipat di China juga meningkat sebanyak 53.1%, mencapai 2.84 juta unit dalam tempoh tersebut.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Huawei Lancar Pura X, Telefon Lipat Dipacu AI 'Beremosi'
  • Teknologi Huawei Jadikan Luxeed R7 Lebih Pintar, Senyap Dan Jarak Pemanduan Lebih Jauh
  • Huawei Dijangka Mulakan Penghantaran Besar-Besaran Cip AI 910C Seawal Bulan Depan

Sumber: ithome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY