Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI PURA X

Huawei Lancar Pura X, Telefon Lipat Dipacu AI ‘Beremosi’

Diterbitkan Mac 21, 2025 oleh ariff bukhari

Huawei memperkenalkan Pura X, telefon boleh lipat unik yang boleh digunakan secara melintang dan menegak hasil kelebihan daripada reka bentuk skrin lebarnya.

Skrin luarnya bersaiz 3.5 inci dengan resolusi 980×980 piksel, manakala skrin dalam pula berukuran 6.3 inci dengan resolusi 2120×1320 piksel.

Kedua-dua skrin dilengkapi panel LTPO 1-120Hz dengan kecerahan maksimum 2500 nits. Kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP RYYB, kamera zoom optikal 3.5X, kamera ultra lebar 40MP, dan sensor warna.

Menurut Huawei, skrin luas Pura X meningkatkan paparan kandungan sehingga 40%-60% berbanding telefon biasa.

Telefon ini menjalankan Harmony OS 5 dengan prestasi perisian lebih pantas sehingga 40%, dilengkapi pembantu AI yang boleh berinteraksi dengan pengguna secara ’emosi’ seperti manusia. serta ciri AI pergerakan mata untuk mengawal skrin.

Menjelaskan AI beremosi itu Huawei menyatakan, telefon ini dilengkapi pembantu AI generatif daripada model Pangu dan DeepSeek, yang membolehkan ia berinteraksi secara semula jadi dengan perbualan dengan emosi yang berbeza dan mengesan mood pengguna.

Ia mempunyai bateri 4720mAh dengan pengecasan pantas 66W (berwayar) dan 40W (tanpa wayar).

Harga Huawei Pura X bermula dari 7499 yuan (~RM4,500) untuk versi 12GB RAM dan storan 256GB.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Earth Hour: 1 Jam Dalam Gelap Boleh Ubah Dunia, Ketahui Sebabnya
  • CelcomDigi Tawar Pas Internet 2,999GB Pada Harga RM8

Sumber: Huawei Central, Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY