Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei ascend chip_

Huawei Dijangka Mulakan Penghantaran Besar-Besaran Cip AI 910C Seawal Bulan Depan

Diterbitkan April 22, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amalina Athman

Huawei Technologies merancang untuk memulakan penghantaran besar-besaran cip kecerdasan buatan (AI) Ascend 910C kepada pelanggan di China seawal bulan depan, lapor Reuters.

Sumber yang mengetahui perkara tersebut turut mendedahkan bahawa beberapa penghantaran cip 910C itu telah pun dilakukan oleh Huawei.

Ia dilihat sebagai masa yang tepat bagi syarikat AI China yang sebelum ini terpaksa mencari alternatif domestik kepada H20, cip AI utama Nvidia yang dahulunya dibenarkan dijual di China tanpa sebarang sekatan.

Bulan ini, pentadbiran Presiden AS Donald Trump memaklumkan kepada Nvidia bahawa penjualan H20 kini memerlukan lesen eksport.

Berkenaan cip 910C Huawei, ia turut dilaporkan mencapai prestasi setanding cip H100 Nvidia, hasil gabungan dua pemproses Ascend 910B dalam satu pakej melalui teknik integrasi canggih.

Ini bermakna cip AI (GPU) 910C mempunyai dua kali ganda kuasa pengkomputeran dan kapasiti memori berbanding 910B, serta penambahbaikan berperingkat, termasuk sokongan dipertingkatkan untuk pelbagai data beban kerja AI.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Huawei Lancar Pura X, Telefon Lipat Dipacu AI 'Beremosi'
  • Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak - U Mobile
  • Teknologi Huawei Jadikan Luxeed R7 Lebih Pintar, Senyap Dan Jarak Pemanduan Lebih Jauh

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY