Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam Machine

Ini Steam Machine Terbaru: Konsol PC Kompak Yang Sasar 4K60

Diterbitkan November 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Valve akhirnya menghidupkan semula jenama Steam Machine, kali ini dengan pendekatan jauh lebih matang berbanding percubaan pertamanya hampir sedekad lalu. Dilancar sebagai sebahagian daripada keluarga peranti Steam Hardware yang akan berkembang pada awal 2026, Steam Machine baharu ini direka sebagai PC gaming berkuasa tinggi dalam bentuk kompak, sambil mengekalkan falsafah terbuka SteamOS.

Peranti ini memanfaatkan SteamOS 3 yang berasaskan Arch Linux, menawarkan pengalaman plug-and-play ala konsol, namun masih mengekalkan fleksibiliti sebuah PC. Suspend/resume yang pantas, sokongan cloud save serta integrasi penuh dengan Steam menjadikannya lebih mesra ruang tamu berbanding PC gaming tradisional.

Steam Machine

Dari segi reka bentuk, Steam Machine tampil sebagai kiub kecil berukuran hampir 6 inci, sesuai diletakkan di bawah TV atau di atas meja kerja tanpa mengorbankan prestasi. Valve turut memberi tumpuan pada sistem penyejukan yang senyap supaya ia kekal stabil walaupun menjalankan permainan berat.

Bahagian dalaman merupakan gabungan cip semi-custom AMD — CPU Zen 4 enam teras sehingga 4.8 GHz dan GPU RDNA3 dengan 28 Compute Units.

Dipadankan bersama FSR, disasarkan mampu menjalankan permainan 4K pada 60 FPS. Ia turut menyertakan 16GB DDR5 serta 8GB GDDR6 VRAM, menjadikannya sebuah konsol mini yang mendekati kelas desktop. Pilihan storan terdiri daripada 512GB atau 2TB NVMe, dan kedua-duanya menyediakan slot microSD berkelajuan tinggi.

Steam Machine

Walaupun kecil, Steam Machine menawarkan I/O yang banyak. Ia menyokong DisplayPort 1.4 sehingga 4K 240Hz atau 8K 60Hz, HDMI 2.0 hingga 4K 120Hz, serta lima port USB merangkumi USB-A dan USB-C. Sambungan juga lengkap dengan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3 dan gigabit ethernet.

Steam Machine

Bekalan kuasa terbina dalam menghilangkan keperluan “brick” luaran, manakala jalur LED RGB memberikan isyarat sistem yang boleh diubah suai warnanya.

Seperti Steam Deck, peranti ini masih sebuah PC penuh. Pengguna bebas memasang aplikasi sendiri atau sistem operasi lain. Keserasiannya dengan Steam Controller dan Steam Frame menjadikannya salah satu komponen penting dalam ekosistem Steam Hardware yang semakin berkembang.

Melihat kepada Steam Machine, tidak hairanlah Presiden Xbox mempunyai visi yang sama terhadap konsolnya pada akan datang di mana ia umpama hibrid PC dan konsol.

Berkaitan

  • Steam Tamatkan Sokongan Windows 32-bit Mulai Tahun Depan
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Konsol Permainan Fizikal 100 Kali Ganda Lebih Cemarkan Alam - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY