Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft MAI-Image-1_02

MAI-Image-1 Kini Tersedia Di Bing – Penjana Imej AI Pertama Buatan Microsoft

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft kini melancarkan MAI-Image-1, penjana imej kecerdasan buatan (AI) pertama buatan sendiri, yang kini boleh digunakan di Bing Image Creator dan Copilot Audio Expressions.

Di Bing Image Creator, pengguna boleh mencuba MAI-Image-1 sama ada melalui bing.com/create, aplikasi mudah alih atau terus dari bar carian Bing. Model ini tersedia bersama DALL-E 3 dan GPT4o, membolehkan pengguna bereksperimen dan memilih model yang paling sesuai mengikut kreativiti.

Microsoft MAI-Image-1

Menurut Microsoft, MAI-Image-1 cemerlang dalam menghasilkan imej fotorealistik, termasuk pencahayaan seperti pantulan cahaya, refleksi, landskap, serta pemandangan semula jadi yang terperinci dan imej makanan.

Model ini direka khusus untuk pencipta, membolehkan imej berkualiti tinggi dijana tanpa hasil generik atau berulang, sebaliknya visual yang unik, jelas dan dinamik.

MAI-Image-1, the first in-house image generation model from #MicrosoftAI, is now available in #BingImageCreator along with DALL-E 3 and GPT4o. This model was designed with creatives in mind to generate high quality, photorealistic images – no generic, repetitive outputs, just… pic.twitter.com/nab6RpLcxx

— Jordi Ribas (@JordiRib1) November 4, 2025

Dalam Copilot Audio Expressions, apabila pengguna memilih Story Mode, MAI-Image-1 akan digunakan untuk memvisualkan cerita dengan imej unik.

MAI-Image-1 has shipped 🚢 Try it now at https://t.co/24MRu9VQ0z or the Bing app, plus it'll generate custom art for your Story Mode audio at https://t.co/9hL81LTFwF
It really excels at:
-artistic lighting/photorealistic detail
-nature scenes
-food!
Drop your creations below ⤵️ pic.twitter.com/E2J20L2PpX

— Mustafa Suleyman (@mustafasuleyman) November 4, 2025

Pada masa ini, MAI-Image-1 boleh diakses di semua negara yang mempunyai akses kepada Bing Image Creator dan Copilot Labs, kecuali Kesatuan Eropah (EU).

Sebelum ini, Microsoft turut mengumumkan model AI pertama yang dibangunkan sendiri, iaitu model suara MAI-Voice-1 dan model berasaskan teks MAI-1-preview, yang dirancang untuk digunakan dalam pembantu AI Copilot.

Berkaitan

  • Microsoft Perkenal MAI-Voice-1 - Jana Audio 1 Minit Dengan Pantas
  • Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu
  • 'Clippy' Versi Baru, Microsoft Perkenal Avatar Mico
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY