Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft MAI-Voice-1

Microsoft Perkenal MAI-Voice-1 – Jana Audio 1 Minit Dengan Pantas

Diterbitkan Ogos 29, 2025 · Dikemas kini Ogos 29, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft kini mengumumkan model kecerdasan buatan (AI) pertama yang dibangunkan sendiri, iaitu MAI-Voice-1 dan MAI-1-preview.

Menurut syarikat itu, model suara baharu MAI-Voice-1 mampu menjana audio selama satu minit dalam kurang satu saat menggunakan hanya satu GPU. Sementara itu, MAI-1-preview merupakan model asas Microsoft AI (MAI) pertama yang dilatih secara menyeluruh dan memberikan ‘sekilas pandang’ bagi ciri-ciri yang bakal hadir dalam Copilot.

Microsoft sudah menggunakan MAI-Voice-1 untuk menyokong beberapa ciri, termasuk Copilot Daily dan Podcast. Model ini juga boleh dicuba di Copilot Labs, di mana pengguna boleh memasukkan apa yang ingin dikatakan oleh model AI, serta menukar suara dan gaya penyampaiannya.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/29095024/Copilot-Labs_-Discover-experimental-AI-initiatives-Google-Chrome-2025-08-29-09-37-40-1.mp4

Bagi MAI-1-preview, Microsoft memaklumkan model itu dilatih menggunakan kira-kira 15,000 GPU Nvidia H100. Ia dibangunkan untuk pengguna yang memerlukan AI mahir dalam mengikuti arahan dan memberi jawapan berguna kepada pertanyaan harian.

Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, MAI-1-preview akan diperkenalkan bagi beberapa kegunaan teks dalam Copilot, yang pada masa ini masih bergantung kepada model bahasa raya OpenAI. Ujian awam untuk model MAI-1-preview juga telah dimulakan di platform penanda aras AI, LMArena.

Berkaitan

  • Guna Windows 10? Bersedia Untuk Hilang Akses Ciri Baharu Microsoft 365 Mulai Ogos 2026
  • Microsoft Ramal Windows 2030 Tidak Perlu Tetikus Dan Papan Kekunci
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY