Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Clippy’ Versi Baru, Microsoft Perkenal Avatar Mico

‘Clippy’ Versi Baru, Microsoft Perkenal Avatar Mico

Diterbitkan Oktober 24, 2025 · Dikemas kini Oktober 24, 2025 oleh Amalina Athman

Hampir tiga dekad telah berlalu sejak Clippy, pembantu Microsoft Office muncul di skrin sebagai klip kertas yang agak mengganggu. Kini, Microsoft kembali dengan sesuatu yang baharu melalui pengenalan Mico, avatar untuk pembantu digital AI Copilot.

Menurut Microsoft, Mico (yang namanya diambil sempena “Microsoft Copilot”) direka untuk menawarkan kehadiran visual yang mesra dan boleh disesuaikan.

Ia mendengar, memberi reaksi, malah boleh bertukar warna untuk mencerminkan interaksi pengguna, menjadikan perbualan suara terasa lebih semula jadi.

Jika pembantu AI yang boleh bercakap ini mengingatkan ramai kepada Clippy, nampaknya Microsoft sendiri tidak menafikan nostalgia tersebut. Terdapat satu “easter egg” di mana jika Mico ditekan beberapa kali, ia akan bertukar menjadi Clippy.

Been playing around with the new Mico voice assistant inside Microsoft Copilot and I found a little easter egg. I love that the people building this stuff are still finding ways to add a bit of fun and nostalgia into what they're building. Kudos to Microsoft on this one! pic.twitter.com/Xck87oeWxi

— Matt Wolfe (@mreflow) October 23, 2025

Buat masa ini, Mico hanya dilancarkan di Amerika Syarikat pada peringkat awal, dengan keupayaan menyimpan memori perbualan serta belajar daripada maklum balas pengguna.

Pengenalan Mico turut menjadi sebahagian daripada pelancaran Copilot Fall Release, yang menandakan langkah baharu Microsoft dalam membawa AI lebih dekat kepada pengalaman harian pengguna.

All of today's @Copilot announcements boil down to one core idea: we're betting on humanist AI. An AI that always puts humans first.
– Copilot Groups
– AI browser
– our new character Mico
– memory updates
– Copilot for health
+ more in this morning's event https://t.co/GNtBAC8Nh6 pic.twitter.com/dZaQ9SmbFG

— Mustafa Suleyman (@mustafasuleyman) October 23, 2025

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Copilot Di Microsoft Edge Kini Dengan Pilihan GPT-5
  • Copilot Vision Kini Tersedia Pada Semua Pengguna Edge
  • 4 Ciri Baru Untuk PC Copilot+ Dan 1 Ciri Dibuang Dari Kemas Kini Windows 11 25H2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY