Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Copilot + OneDrive

Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu

Diterbitkan Oktober 10, 2025 · Dikemas kini Oktober 10, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft melancarkan aplikasi awan mereka, OneDrive serba baharu untuk Windows yang lebih lengkap dan mesra pengguna.

Ia akan menggantikan paparan kecil di taskbar dengan antaramuka penuh seperti versi mudah alih, termasuk paparan galeri foto dan fungsi pengecaman wajah.

Pengguna juga boleh menyunting foto dan memilih sama ada menyimpan secara offline atau memuat naik ke awan.

Bagi pelanggan Microsoft 365 Copilot dan Premium, ciri baharu “Photos Agent” akan ditawarkan sedikit masa lagi yang mana ia membolehkan carian foto berdasarkan kenangan atau lokasi, serta membina album secara automatik.

130040_OneDrive_GIFS_16Photo_Agent (1)

Di iOS dan Android pula, OneDrive akan menawarkan suntingan foto berasaskan AI, seperti membuang gambar kabur dan menambah gaya animasi.

Tab “Moments” pula memaparkan kenangan lama seperti “On This Day”.

Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu
Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu

Microsoft turut memperkenalkan “hero link” untuk perkongsian dokumen yang lebih mudah dan tidak mengelirukan.

Dengan hero link, anda boleh cipta satu pautan kekal untuk folder bersama, ubah kebenaran akses tanpa perlu hantar semula pautan atau risau versi lama.

Copilot pula memberi ringkasan pantas tentang kandungan folder supaya semua orang faham konteks sebaik membukanya.

Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Cara Paling Mudah Hantar Fail "Cross Platform" Ke Mana-Mana Peranti
  • vivo V60 Lite 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Siri HUAWEI nova 16s Bakal Tiba Di Malaysia 19 November Ini
  • UPSI Bangunkan Aplikasi Jejak Pergerakan Bas Universiti Untuk Kemudahan Pelajar
  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
©2026 WISER.MY