Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pen drive

Anda Tidak Salah, Kualiti Pemacu Storan USB Memang Semakin Teruk

Diterbitkan Februari 13, 2024 · Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda berasakan kualiti storan USB (flash drive/USB stick/pen drive) kini semakin menurun atau dianggap teruk berbanding dahulu, anda sebenarnya tidak salah.

Ini kerana, berdasarkan kepada laporan oleh pakar pemulihan data dari Jerman, CBL telah mendapati bahawa sejak tahun lalu, kualiti pemacu USB membimbangkan dan semakin terus.

Hasil bedah siasat CBL ke atas pemacu USB yang dijual di pasaran ketika ini didapati menggunakan cip memori yang berkualiti lebih rendah menyebabkan ia cepat rosak.

CBL mengesyaki, cip memori yang sebelum ini gagal lulus pemeriksaan daripada pengeluar besar seperti Samsung, SK Hynix dan Sandisk telah digunakan semula dalam peranti yang rosak.

Mereka menemui pelbagai contoh cip dengan logo yang digosok dari selongsong, atau dicop secara kasar untuk menyembunyikan sumber asal usul cip tersebut.

NOVATEK CAMERA
Contoh nama pengeluar cip NAND dikabur. Kredit: CBL

Malah beberapa cip storan juga didapati menggunakan kad mikroSD dan cip pengawal luaran yang dipateri ke papan, dan bukannya menggunakan pengawal dalaman mikroSD.

“Tahun lepas, apabila membuka pemacu USB yang rosak, kami mendapati bilangan cip memori berkualiti rendah yang menakutkan dengan kapasiti yang dikurangkan dan logo pengeluar dikeluarkan daripada cip. Jelas kad mikroSD yang dibuang dan dicelup juga dipateri pada pemacu USB dan mikroSD diuruskan dengan yang luaran pada papan storan USB dan bukannya pengawal dalaman,”

“Pemacu USB ini yang berkualiti meragukan kebanyakannya adalah hadiah promosi, tetapi terdapat juga produk berjenama di antara mereka.” Kata Conrad Heinicke, Pengarah Urusan CBL, tanpa menyebut jenama khusus menggunakan cip guna semula.

NOVATEK CAMERA
Pada pemacu kilat USB ini, kad mikroSD yang tidak diketahui asalnya digunakan sebagai cip NAND. Kredit: CBL

CBL menyatakan, memandangkan jumlah pembetulan ralat yang tinggi yang diperlukan dalam NAND berkualiti tinggi, penggunaan cip yang dibatalkan dan berkualiti rendah meletakkan sejumlah besar ketegangan pada pengawal.

CBL juga berkata, ini membawa kepada kesimpulan bahawa cip yang gagal kawalan kualiti pengeluar seperti Hynix, Sandisk atau Samsung dijual semula dan dibawa ke pasaran dengan spesifikasi kapasiti storan yang dikurangkan.

USB storage 2
Pelabelan cip NAND ini juga telah dikeluarkan daripada cip USB ini. Kredit: CBL

Ini bermakna berkemungkinan besar, pemacu USB yang menggunakan cip yang sebelum ini gagal dalam ujian akan kehilangan data atau menjadi tidak stabil, menyebabkan  usaha memulihkan data yang hilang lebih sukar.

Berkaitan

  • Kemas Kini Hingga 7 Tahun Seperti 'Isi Inti Baru Pada Sandwic Berkulat' - Presiden OnePlus
  • Google Kini "Hadkan" Jumlah E-mel Yang Boleh Dihantar Dalam Sehari
  • Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13

Sumber: CBL Data Recovery

Beli pelbagai storan USB dari pelbagai jenama di:

Shopee: https://invl.io/clkq4d8

Lazada: https://invol.co/clkq4dm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY