Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail translate

Google Kini “Hadkan” Jumlah E-mel Yang Boleh Dihantar Dalam Sehari

Diterbitkan Februari 13, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh ariff bukhari

Jika sebelum ini anda boleh menghantar e-mel tanpa had ke akaun Gmail, tapi kini Google menetapkan pengguna had e-mel yang boleh dihantar dalam sehari.

Bermula bulan Februari 2024 ini, Google telah menetapkan syarat kepada pengguna yang boleh menghantar emel tidak lebih dari 5,000 e-mel sahaja sehari ke akaun Gmail.

Had ini memberi impak khusus kepada pengguna Gmail yang bertindak menghantar e-mel secara pukal (bulk sender) hampir 5,000 mesej atau lebih ke akaun Gmail peribadi dalam tempoh 24 jam.

Ekoran itu, bagi anda yang biasa menghantar e-mel secara pukal sehingga mencecah 5,000 e-mel sehari, anda kini mesti memenuhi keperluan yang ditetapkan Google bagi membolehkan anda menghantar kesemua e-mel tersebut dengan lancar.

Anda boleh ikuti garis panduan yang ditetapkan di laman sokongan Google untuk memastikan mesej dihantar ke akaun Gmail seperti yang dijangkakan.

Antara syarat yang ditetapkan Google adalah termasuk pengesahan e-mel yang kuat serta menawarkan pilihan satu butang untuk unsubscribe.

Jika anda tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan, e-mel anda mungkin tidak dihantar atau mungkin ditandakan sebagai spam.

Berkaitan

  • 3 Aplikasi Rasmi Apple Ini Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows
  • Sebelum 'Renew', Ini Yang Perlu Tahu Mengenai Cetakan Fizikal Slip Lesen Memandu
  • Kemas Kini Hingga 7 Tahun Seperti 'Isi Inti Baru Pada Sandwic Berkulat' - Presiden OnePlus

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY