Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Dapat Durian Runtuh – Jana Hampir RM30B Pada Suku Kedua 2022

Mahu Cabar Penguasaan Nvidia Dalam AI, AMD Berhentikan Kira-Kira 4% Pekerjanya Di Seluruh Dunia

Diterbitkan November 15, 2024 · Dikemas kini November 15, 2024 oleh ariff bukhari

AMD memaklumkan bahawa mereka bertindak memberhentikan kira-kira 4 peratus daripada tenaga kerja globalnya untuk memberi tumpuan kepada “peluang pertumbuhan terbesarnya”, yang termasuk usahanya untuk mencabar penguasaan cip AI Nvidia.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap syarikat itu dalam satu kenyataan kepada CRN.

“Sebagai sebahagian daripada menyelaraskan sumber kami dengan peluang pertumbuhan terbesar kami, kami mengambil beberapa langkah yang disasarkan yang malangnya akan mengakibatkan pengurangan tenaga kerja global kami sebanyak kira-kira 4 peratus,” jurucakap AMD

AMD berkata, mereka akan membantu pekerjanya yang terjejas dengan pemberhentian ini.

Jurucakap AMD tidak menyatakan berapa ramai pekerja yang akan terjejas oleh pemberhentian atau berapa ramai orang yang sedang digajinya.

AMD mempunyai kira-kira 26,000 pekerja setakat tahun lepas, menurut pemfailan 10-K tahunan syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS dari Januari.

Pengumuman pemberhentian ini tiba dua minggu selepas AMD berkata bahawa ia telah meningkatkan lebih daripada dua kali ganda perniagaan pusat datanya dan meningkatkan jualan pemproses pelanggan sebanyak 29 peratus pada suku ketiga berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, hasil cip AMD merosot 25 peratus tahun ke tahun manakala hasil cip permainannya merosot 69 peratus pada suku ketiga.

Berkaitan

  • AMD Lancarkan Pemproses 'Gaming' Terbaru, Ryzen 7 9800X3D Berharga ~RM2,095
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Ini 10 Kata Laluan Yang Sangat Mudah Digodam Tapi Banyak Digunakan Pengguna Di Malaysia 

Sumber: CRN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
  • Spotify Sahkan Tindakan Perketat Perkongsian Pelan Family, Tapi Anggapnya Sebagai ‘Penambahbaikan Rutin’
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan
  • Pelanggan Spotify Berbayar Bakal Cecah 312 Juta, Pendapatan Turut Meningkat
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray
©2026 WISER.MY