Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Kata Laluan Tak Selamat Yang Masih Ramai Gunakan Pada 2020

Ini 10 Kata Laluan Yang Sangat Mudah Digodam Tapi Banyak Digunakan Pengguna Di Malaysia 

Diterbitkan November 15, 2024 · Dikemas kini November 15, 2024 oleh ariff bukhari

Pakar dari Nordpass mendedahkan 10 kata laluan yang terlalu banyak digunakan pengguna di Malaysia yang boleh menyebabkan anda berisiko mudah digodam.

NordPass dan NordSteller baru-baru ini dalam laporan analisis tahunan keenam mengenai tabiat kata laluan peribadi mendedahkan, kata laluan ‘123456’ telah digunakan sebanyak 14,396 kali di mana ia hanya mengambil masa kurang dari satu saat untuk seseorang menggodamnya.

Tetapan kata laluan qwerty123, 12345678, qwerty1 dan 12345678 juga mengambil masa yang serupa untuk digodam dan menjadi 5 yang teratas paling ramai digunakan rakyat Malaysia.

kata laluan senang digodam 2
kata laluan senang digodam

NordPass dan NordSteller menyemak dan menganalisis pangkalan data 2.5TB yang diekstrak daripada pelbagai sumber yang tersedia secara umum, termasuk sumber di web gelap untuk menjalankan kajian ini meliputi 44 buah negara.

Platform itu berkata, mereka menganalisis kata laluan yang dicuri oleh perisian hasad atau terdedah dalam insiden kebocoran data.

“Dalam kebanyakan kes, ia dibocorkan dengan alamat e-mel, membolehkan kami membezakan antara kelayakan korporat dan peribadi mengikut nama domain.”

Jadi, sekiranya anda ada menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti yang didedahkan, ada baiknya anda menukarnya dengan kata laluan yang lebih selamat dengan kadar segera.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Penggodam Didapati Sasar Pengguna Yang 'Google' Spesis Kucing Ini
  • Samsung Galaxy A16 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899

Sumber: NordPass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY