Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple, AFP

Apple Lawan Balik Epic: ‘Kami Takkan Serah App Store Begitu Saja’

Diterbitkan Mei 9, 2025 · Dikemas kini Mei 9, 2025 oleh ariff bukhari

Apple memfailkan permohonan kecemasan kepada Mahkamah Rayuan Kesembilan bagi menangguhkan pelaksanaan perubahan besar terhadap operasi App Store, perubahan yang diperintahkan oleh mahkamah daerah dan disifatkan Apple sebagai “luar biasa”.

Dalam dokumen rasmi yang difailkan, Apple mendakwa keputusan mahkamah itu memaksa syarikat untuk melepaskan kawalan terhadap aspek teras perniagaannya secara kekal.

“Sebuah mahkamah persekutuan tidak boleh memaksa Apple untuk memberikan akses percuma secara tetap kepada produk dan perkhidmatannya, termasuk harta intelektual,” kata pasukan guaman Apple.

Permohonan ini menyasarkan dua perkara utama:

  1. Larangan mengenakan komisen terhadap pembelian melalui pautan luar.
  2. Sekatan ke atas cara paparan pautan pembelian dalam aplikasi iOS.

Ini susulan keputusan Hakim Yvonne Gonzalez Rogers yang mendapati Apple melanggar arahan asal dari tahun 2021 di mana arahan yang bertujuan membuka semula persaingan dalam ekosistem App Store.

Kes ini berpunca daripada pertikaian Apple dengan Epic Games, penerbit Fortnite, yang mendakwa Apple bersikap antipersaingan dan melanggar undang-undang antitrust California. Hakim turut mengarahkan siasatan lanjut untuk menilai sama ada Apple menghina mahkamah kerana tidak mematuhi perintah terdahulu.

Apple membidas bahawa perubahan yang diarahkan adalah satu bentuk “hukuman kekal” yang boleh menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun dan menjejaskan keseluruhan model perniagaannya.

Menjelang tarikh akhir 28 Mei, Mahkamah Rayuan dijangka mengeluarkan keputusan yang bukan saja bakal mengubah hala tuju App Store, tetapi juga memberi kesan besar kepada pembangun aplikasi serta industri teknologi secara keseluruhan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Bowers & Wilkins Kini Milik Samsung – Perjanjian RM1.5 Bilion Kukuhkan Kuasa Audio Premium
  • "Anda Mungkin Tak Perlukan iPhone Dalam 10 Tahun Lagi" - Eksekutif Apple

Sumber: mactrast

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY