Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat

Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat

Diterbitkan Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

China berjaya membuat pencapaian besar dalam teknologi maglev (magnetic levitation) apabila pasukan penyelidik di Makmal Donghu, Hubei berjaya melancarkan kenderaan ujian seberat 1.1 tan mencapai kelajuan sehingga 650 km/j hanya dalam masa 7 saat.

Kejayaan ini dicapai dengan jarak pecutan 600 meter di atas landasan sejauh 1,000 meter, menjadikannya maglev terpantas di dunia setakat ini, menurut Li Weichao, pengarah pusat inovasi teknologi tersebut.

Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat
Kenderaan maglev terapung di atas landasan tanpa sebarang sentuhan fizikal ini hanya perlu mengatasi rintangan udara semasa bergerak.

Berbeza dengan ujian kelajuan biasa yang memerlukan trek sepanjang 30 hingga 40 km, sistem ini menggunakan teknik pecutan jarak pendek dengan ketepatan pengukuran kedudukan sehingga 4 milimeter.

Lebih mengagumkan, kenderaan ini boleh memperlahankan kelajuan tertingginya kepada sifar hanya dalam jarak 200 meter.

Walaupun 650 km/j sudah dianggap luar biasa, trek ini disasarkan untuk kelajuan dengan operasi biasa pada kelajuan 800 km/j di mana pembinaannya dijangka akan siap pada hujung tahun ini.

Berkaitan

  • Tren Maglev China Cecah Kelajuan 1,000km/j
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Inilah Komputer Riba Pertama Di Dunia Yang Menjadi Asas Kepada Laptop Moden

Sumber:  CGTN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY