HONOR MagicWatch 2 Flax Brown mempunyai tali yang diperbuat daripada genuine leather dengan kerangka keluli tahan karat dan bezel hitam di sekitar paparan skrin dengan saiz 1.39 inci AMOLED.
Jam pintar ini mempunyai 15 mod kecergasan, panduan suara dan sebagainya. Selain mod yang pelbagai, ia juga dilengkapi dengan keupayaan main balik muzik, mempunyai mikrofon dan pembesar suara yang terbina, storan dalaman 4GB, dan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari.
Terdahulu, HONOR telah melancarkan MagicWatch 2 versi Charcoal Black, saiz 46mm pada 20 Disember tahun lalu dengan harga RM699. Namun, bagi model 42mm yang terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Agate Black dan Sakura Gold masih belum tersedia dan mungkin akan dijual pada masa akan datang.
Anda juga boleh mendapatkan produk keluaran HONOR yang lain dengan diskaun sehingga 75% sempena Tahun Baru Cina mulai 13 hingga 31 Januari 2020.
Berkaitan
- Netflix Akan 'Banteras' Perkongsian Kata Laluan Bermula Awal 2023
- Larangan Ditangguh, Apple Sambung Semula Jualan Watch Series 9 Dan Ultra 2 Di AS
- realme C11 Dengan Cip Helio G35 Dilancar Pada Harga RM429
- HONOR 9X Pro Akan Mula Dijual 17 April Ini Secara Dalam Talian
- OPPO Tawar Pengalaman Menggunakan Find X2 Pro Edisi Lamborghini Pada 25 Julai Ini
- Nothing Ear (2) Akan Dilancar 22 Mac Ini
- OPPO Bakal Umum Pengecasan Super Flash Charge 125W Pada 15 Julai Ini
- Australia Naikkan Denda Sehingga Lebih RM152 Juta Bagi Pencerobohan Data
- realme V5 Diperkenal Secara Rasmi - Dimensity 720, 90Hz, 48MP Kuad Kamera
- Kuo: Apple Batal Rancangan Pelancaran iPhone SE Pada 2024