Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Rampas Semula Takhta Telefon Pintar No.1 Di China

Huawei Rampas Semula Takhta Telefon Pintar No.1 Di China

Diterbitkan Julai 18, 2025 ยท Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh ariff bukhari

Huawei kini kembali sebagai jenama telefon pintar nombor satu di China buat pertama kali selepas lebih empat tahun, mengatasi Apple dan pesaing tempatan seperti Xiaomi, menurut laporan IDC.

Pada suku kedua 2025, Huawei menguasai 18.1% pasaran, dengan penghantaran 12.5 juta unit , berbanding Apple yang hanya mencatatkan 13.9% (9.6 juta unit) yang meletakkanya di tempat kelima.

IDC China Smartphone Market Declined 4.0% in 2Q25, With Huawei Reclaiming the Top Spot – 2025 Jul -F-1

Kebangkitan Huawei berlaku meskipun berdepan sekatan eksport dari AS. Sejak dikenakan sekatan pada 2019, Huawei membangunkan komponennya sendiri selepas akses kepada teknologi AS disekat.

Kejatuhan Apple pula berkait dengan penurunan jualan iPhone di China.

Pasaran telefon pintar China secara keseluruhan turut menyusut 4% tahun ke tahun, berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan keyakinan pengguna yang masih lemah.

Walaupun ekonomi China berkembang lebih 5% pada suku kedua, permintaan telefon pintar dijangka tidak meningkat dengan ketara dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • BYD Lancar Sistem Parkir Autonomi Tahap 4, Janjikan Pampasan Jika Sistem Gagal
  • Nothing Phone (3) Dikritik, Ini Respon Carl Pei

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY