Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi – Harga Bermula RM8,299

MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi – Harga Bermula RM8,299

Diterbitkan Oktober 27, 2026 · Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini memperkenalkan MacBook Pro 14 inci baharu yang dikuasakan cip M6, dengan peningkatan prestasi grafik dan pemprosesan AI, serta menawarkan jangka hayat bateri sehingga 24 jam.

Apple MacBook Pro M6 14inch_1

Cip M6 dilengkapi CPU 12-teras dan GPU 12-teras. Menurut Apple, prestasi grafiknya sehingga 30% lebih pantas, manakala pemprosesan tugasan AI pada peranti meningkat sehingga 25% berbanding cip M5.

MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi – Harga Bermula RM8,299

Bagi pengguna yang menaik taraf daripada MacBook Pro dengan cip M1, peningkatan yang ditawarkan lebih ketara, dengan prestasi grafik sehingga 11 kali lebih pantas dan prestasi AI sehingga 13 kali lebih pantas.

MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi – Harga Bermula RM8,299

MacBook Pro baharu ini hadir dengan 16GB RAM sebagai standard, yang boleh dikonfigurasikan sehingga 32GB, serta lebar jalur memori sehingga 170GB/s. Ia dilengkapi paparan 14.2-inci Liquid Retina XDR dengan kecerahan HDR puncak sehingga 1,600 nit. Pilihan paparan nano-tekstur juga disediakan untuk mengurangkan pantulan cahaya dan silau.

Dari segi sambungan, komputer riba ini menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan sehingga dua paparan luaran. Port yang tersedia termasuk HDMI, MagSafe 3, tiga port Thunderbolt 4, slot kad SDXC dan bicu fon kepala. Ia turut dilengkapi kamera Center Stage 12MP, mikrofon berkualiti studio serta sistem audio enam pembesar suara dengan Spatial Audio.

MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi – Harga Bermula RM8,299

Untuk penggunaan harian, MacBook Pro 14 inci dengan M6 menawarkan jangka hayat bateri sehingga 24 jam. Apple turut menyatakan bahawa baterinya boleh dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit apabila menggunakan power adapter USB-C berwatt lebih tinggi yang serasi, seperti 96W.

Komputer riba ini menjalankan macOS 27 yang merangkumi Siri AI dan pelbagai ciri Apple Intelligence. Dua pilihan warna tersedia iaitu Space Black dan Silver.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, MacBook Pro 14 inci dengan M6 ditawarkan pada harga bermula RM8,299. Harga pendidikan pula bermula RM7,899.

Prapesan dibuka mulai 29 Oktober 2026, jam 1.10 pagi, manakala jualan rasmi bermula pada 6 November 2026.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999
  • Apple Perkenal M6 Sebagai Cip 2nm Pertama, M5 Ultra Hadir Dengan GPU Sehingga 80-Teras
  • Mac mini Dengan Cip M6, M5 Pro Kini Rasmi - Harga Bermula RM3,799
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY