Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan

MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan

Diterbitkan Mac 4, 2024 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh Amsyar Latif

Apple hari ini mengemas kini barisan komputer riba popular mereka, MacBook Air dengan menawarkan cip M3 pada model 13 inci dan juga 15 inci.

Menerusi cip M3 tersebut, Apple mengatakan prestasinya adalah 60% lebih pantas berbanding model cip M1 dan juga 13x ganda lebih laju daripada MacBook Air yang dikuasakan cip Intel.

Tambahan lagi, MacBook Air dengan cip M3 ini juga sesuai untuk tugasan dengan kecerdasan buatan (AI) yang mana cip tersebut sedia hadir dengan 16-teras Neural Engine.

MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan

Kedua-dua model 13 inci dan 15 inci ini juga dilengkapi paparan Liquid Retina dengan kecerahan sehingga 500 nits dan menyokong 1 bilion warna.

Lebih menarik, kali ini ia akhirnya menyokong dua paparan tambahan (external display) sekiranya skrin ditutup atau kita panggil mod clamshell.

MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan

Lain-lain penambahan adalah termasuk jangka hayat bateri sehingga 18 jam, sambungan Wi-Fi 6E, pengecas MagSafe, 2x Thunderbolt, bicu audio 3.5mm, kamera web beresolusi 1080P dan juga pembesar suara yang turut menyokong audio ruangan bersama-sama Dolby Atmos.

Harga jualan bagi MacBook Air 13 inci (M3) adalah bermula RM5,199. Sementara MacBook Air 15 inci (M3) pula dijual pada harga permulaan RM6,199.

Walau bagaimanapun, ketersediaannya di Malaysia belum diketahui lagi.

Berkaitan

  • Apple Perkenal Aplikasi Apple Sports Untuk Peminat Sukan
  • Apple Akan "Buat Penemuan Baru" Dalam AI Generatif Tahun Ini - Tim Cook
  • Apple Dilapor Mahu Jenamakan Semula 'Apple ID'

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY