Hadir dengan paparan skrin Retina bersaiz 13.3 inci, Macbook Air 2020 secara asasnya dijana cip sehingga 4 teras Intel Core i5 dengan RAM 8GB LPDDR4X. Antara spesifikasi lain termasuk storan SSD sehingga 512GB, Touch ID, dua port Thunderbolt 3, dan Turbo Boost sehingga 3.5GHz. Penambahan cip pemprosesan tersedia bagi Intel Core i7 dan tambahan storan SSD sehingga 2TB.
Seperti yang dijangka sebelum ini, MacBook Air 2020 didatangkan dengan papan kekunci Magic berbanding papan kekunci butterfly yang mempunyai pelbagai isu seperti melekat atau kekunci yang tidak berfungsi selepas penggunaan yang berpanjangan.
MacBook Air 2020 ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4,399 bagi cip pemprosesan Intel Core i3 dengan storan SSD 256GB. Manakala bagi MacBook Air dengan cip Intel Core i5 dan storan SSD 512GB ditawar pada harga bermula RM5,599. Untuk tujuan pembelajaran pula terdapat penjimatan sehingga RM440 bagi produk Apple yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Apple Malaysia.
Sumber: Apple Newsroom
Berkaitan
- 3 Model MacBook Dengan Apple Silicon Dijangka Akan Diumumkan Pada 10 November Ini
- Apple Watch X Dijangka Ada Rombakan Besar Dengan Sistem Tali Jam Baharu
- Selepas Sony Dan Amazon, Intel Turut Menarik Diri Dari Acara MWC 2020
- Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google
- Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan
- MWC 2024: OPPO Tayang Prototaip Air Glass 3 Dengan Akses AndesGPT
- Ming-Chi Kuo: Permintaan iPhone 12 Pro, Pro Max Dan MacBook Dengan Cip M1 Adalah Lebih Tinggi Dari Jangkaan
- Apple Dilapor 'Intai' Google Gemini Untuk Ciri AI Generatif iPhone
- Gurman: Pelancaran Model MacBook Pro Baharu Dijangka Pada Awal 2023
- Apple Akui Beberapa Model iPhone 12 Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin