Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Magic Keyboard

MacBook Pro Dan MacBook Air Dengan ‘Magic Keyboard’ Dilapor Akan Dilancar Suku Kedua 2020

Diterbitkan Mac 12, 2020 oleh Amalina Athman

Apple dilapor telah merancang untuk memperkenalkan kembali Magic Keyboard dengan rekaan gunting atau scissor switch pada MacBook Pro dan MacBook Air terbaru pada suku kedua 2020. Perkara ini telah didedahkan oleh penganalisis Ming-Chi Kuo.

MacBook Pro Dan MacBook Air Dengan ‘Magic Keyboard’ Dilapor Akan Dilancar Suku Kedua 2020

Tidak dinyatakan saiz yang bakal hadir pada MacBook Pro, namun ia mungkin merujuk kepada model 14 inci yang telah didedahkan sebelum ini memandangkan MacBook Pro 16 inci baru dilancarkan 4 bulan lalu. Kemungkinan model 14 inci ini akan menggantikan MacBook Pro 13 inci yang akan dihentikan.

Pada masa ini, MacBook Pro dan MacBook Air 13 inci masih menggunakan papan kekunci butterfly yang mempunyai pelbagai isu seperti melekat atau kekunci yang tidak berfungsi selepas penggunaan yang berpanjangan, yang mendorong Apple memulakan program pembaikan percuma di seluruh dunia pada tahun 2018.

Oleh kerana satu dunia masih terkesan dengan penularan Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik, operasi pengeluaran berkaitan MacBook mungkin akan mengalami sedikit kelewatan dan hanya akan bertambah baik pada penghujung Mac. Ia juga akan membuka jalan untuk pengeluaran MacBook Pro dan MacBook Air yang baru.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY