Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Header] Luno now has over 50 crypto assets

Luno Malaysia Tambah 29 Kripto Baharu, Kini Tawarkan Pilihan Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan Mac 27, 2026 oleh Amsyar Latif

Luno secara rasminya mengumumkan pelancaran 29 aset digital baharu, sekali gus menjadikannya batch penambahan terbesar dalam sejarah syarikat itu di Malaysia.

Dengan kemas kini ini, Luno kini menawarkan keseluruhan 51 jenis aset kripto yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Penambahan ini meletakkan Luno sebagai platform bursa aset digital (DAX) berlesen yang mempunyai pilihan paling luas di dalam negara.

Kesemua aset baharu ini merangkumi lapan kategori utama dalam ekosistem blokchain termasuklah Layer 1, Layer 2, DeFi, AI x Crypto, Gaming, NFTs, Real World Assets (RWA), dan juga DePIN.

Antara aset digital yang menarik perhatian dalam senarai baharu ini termasuklah Toncoin (TON), SUI, Arbitrum (ARB), dan Optimism (OP).

Malah, kategori yang sedang meningkat naik seperti AI turut diperkukuhkan dengan kehadiran Artificial Superintelligence Alliance (FET) dan Bittensor (TAO).

Bagi peminat aset dunia nyata yang ditokenkan, Luno kini turut menawarkan PAX Gold (PAXG) dan Ondo Finance (ONDO).

Menurut Luno, kesemua 29 aset ini boleh dibeli serta-merta melalui platform Instant Buy/Sell.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang lebih gemar menggunakan platform Exchange, aset-aset ini akan dilepaskan secara berperingkat dalam tiga kumpulan dengan selang masa dua minggu bagi setiap batch bermula hari ini.

Berkaitan

  • Tambah Lagi Dua—Luno Kini Tawar 20 Koin Diluluskan Di Malaysia
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Hentikan Pengeluaran Mac Pro, Fokus Sepenuhnya Kepada Mac Studio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY