Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
afp, mac pro

Apple Hentikan Pengeluaran Mac Pro, Fokus Sepenuhnya Kepada Mac Studio

Diterbitkan Mac 27, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple secara rasminya telah menghentikan penjualan Mac Pro dan mengeluarkan produk tersebut daripada laman web mereka bermula Khamis lalu. Perkara ini juga disahkan Apple kepada 9to5mac yang sekali gus mengesahkan spekulasi ramai sebelum ini bahawa riwayat komputer desktop paling berkuasa Apple itu akhirnya sampai ke penghujung.

Siri Mac Pro yang menggunakan rekaan ikonik “parut keju” ini kali terakhir dikemas kini pada Jun 2023 dengan cip M2 Ultra. Sejak itu, kedudukannya mula goyah apabila Apple memperkenalkan Mac Studio yang dilengkapi cip M3 Ultra yang lebih berkuasa pada harga yang lebih kompetitif.

Dengan ketiadaan Mac Pro, Apple kini meletakkan Mac Studio sebagai pengganti utama bagi segmen desktop profesional. Bagi pengguna yang memerlukan prestasi tinggi, Mac Studio kini boleh dikonfigurasi sehingga cip M3 Ultra dengan 32-teras CPU dan 80-teras GPU.

Selain itu, pengenalan ciri kependaman rendah melalui RDMA over Thunderbolt 5 pada macOS Tahoe tahun lepas turut dilihat sebagai antara punca Mac Pro tidak lagi diperlukan.

Ciri ini membolehkan pengguna menyambungkan beberapa buah Mac bagi mendapatkan prestasi skala besar tanpa memerlukan perkakasan dalaman yang boleh ditambah baik seperti pada Mac Pro.

Keputusan Apple ini menampakkan barisan komputer desktop mereka kini lebih ringkas dengan hanya tiga pilihan utama iaitu iMac 24-inci, Mac mini, dan Mac Studio.

Berkaitan

  • Apple Lancar Mac Studio Baharu - Mac Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Akan Perkenal Iklan Dalam Apple Maps - Bermula Di Amerika Syarikat, Kanada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY