Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km

Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km

Diterbitkan Mei 26, 2026 · Dikemas kini Mei 26, 2026 oleh ariff bukhari

Ferrari akhirnya memperkenalkan Luce, kereta sport elektrik sepenuhnya berprestasi tinggi pertama mereka.

Ferrari menyifatkan Luce sebagai satu langkah berani Ferrari, melangkaui enjin pembakaran dan hibrid.

Dibina di atas platform khas, Luce dipacu oleh empat motor elektrik (satu pada setiap roda), bateri 122 kWh, sistem suspensi aktif, stereng empat roda serta kawalan tork canggih.

Hasilnya, ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 772kW, sekali gus mampu memecut dari 0–100 km/j dalam 2.5 saat dan mencapai kelajuan melebihi 310 km/j, dengan jarak perjalanan lebih 530 km.

Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
Butang, dail, togol dan suis mekanikal digabungkan dengan paparan digital pelbagai fungsi yang dibangunkan dengan Samsung Display©, Corning® Gorilla® Glass dan kulit premium.
Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
Walaupun seberat 2260 kg, Ferrari Luce mampu memecut dari , 0–200 km/h dalam masa 6.8 saat sahaja.

Reka bentuk Luce dihasilkan bersama Sir Jony Ive dan Marc Newson melalui kolektif LoveFrom di mana mereka memperkenalkan bahasa reka bentuk baharu Ferrari dengan bentuk “glass house”, sayap aerodinamik terapung, serta konfigurasi empat pintu dan lima tempat duduk juga merupakan yang pertama dalam sejarah Ferrari.

Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
Penggunaan aluminium aloi sekunder kitar semula membolehkan pengurangan pelepasan CO₂e semasa pengeluaran Luce sekitar 70% daripada berat keseluruhan kenderaan.
Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
Bahagian dalaman menggabungkan kawalan mekanikal dengan paparan digital OLED, sistem audio 21 pembesar suara Ferrari Audio Signature, serta penggunaan bahan premium.
Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km

Ferrari Luce menawarkan penyelenggaraan rutin sepanjang tujuh tahun pertama hayat kenderaan, termasuk bagi Ferrari terpakai yang bukan pendaftaran pertama.

Pemeriksaan akan dijalankan setiap 20,000 kilometer atau setahun sekali tanpa had perbatuan.

Ferrari turut menggunakan alat diagnostik moden, alat ganti tulen serta tenaga kerja terlatih di Pusat Latihan Ferrari di Maranello bagi memastikan prestasi dan tahap keselamatan kenderaan kekal optimum.

Selain itu, Ferrari Luce hadir dengan waranti khas lapan tahun meliputi komponen utama sistem kuasa elektrik termasuk gandar hadapan dan belakang, bateri serta sistem pengecasan.

 

Ferrari Luce Rasmi, 0–100 Km/j Dalam 2.5 saat, Jarak Lebih 530 Km
Luce boleh dicas semula 70 kWh dalam masa 20 minit menggunakan stesen pengecasan pantas yang mampu menyalurkan sehingga 350 kW.

Dengan lebih 60 paten baharu, Luce bukan sekadar kereta elektrik, tetapi simbol transformasi Ferrari yang menggabungkan teknologi masa depan dengan membawa DNA identiti Maranello.

Berkaitan

  • Ferrari Elettrica Didedahkan – Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1,000hp
  • Ferrari Perkenal 'Luce', EV Berprestasi Direka Dengan Kerjasama Jony Ive
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY