Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air

Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air

Diterbitkan April 22, 2026 · Dikemas kini April 22, 2026 oleh ariff bukhari

Ferrari melangkah ke dunia pelayaran dengan memperkenalkan Hypersail, kapal layar monohull terbang 100 kaki yang menggabungkan prestasi, inovasi dan reka bentuk ikonik.

Dilancarkan sempena Milan Design Week 2026, projek ini adalah platform inovasi terbuka melibatkan pasukan teknologi Ferrari, studio reka bentukFerarri yang diketuai Flavio Manzoni, dan arkitek kapal Guillaume Verdier.

Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air

“Hypersail mewakili peluang yang tidak dijangka untuk Ferrari Design Studio; satu objektif yang mencabar kerana kerumitannya, yang membolehkan kami melanjutkan penyelidikan kreatif kami ke dalam konteks yang berbeza daripada konteks biasa.” Flavio Manzoni, Ketua Pegawai Reka Bentuk Ferrari.

Ferrari menekankan, setiap elemen reka bentuk kapal layar ini adalah hasil daripada keperluan aerodinamik dan hidrodinamik, dengan ciri siluet yang mengingatkan kepada Monza SP1/SP2 serta bumbung yang diinspirasikan daripada Hypercar 499P.

Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air
Ferrari Monza SP 1.
Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air
Ferrari Monza SP 2.
Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air
Ferrari 499P.

Hypersail dilengkapi panel solar boleh dipijak, sistem foiling canggih, pemulihan tenaga angin, suria dan gerakan, serta badan yang diperbuat daripada gentian karbon ringan.

Hiasan livery nya pula menampilkan Giallo Fly, kuning ikonik Ferrari, digabungkan dengan Grigio Hypersail dan kelabu gentian karbon yang melambangkan DNA Ferrari.

Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air
Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air
Ferrari Bawa DNA Hypercar ke Lautan: Hypersail, Kapal Layar 100 Kaki yang Boleh ‘Terbang’ Di Atas Air

Hypersail kini Dipamerkan di Flagship Store Milan dan HIGHLINE Milano.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ferrari Perkenal 'Luce', EV Berprestasi Direka Dengan Kerjasama Jony Ive
  • Kapal Tentera Laut Tanpa Pemandu Anti Kapal Selam Diperkenalkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY