Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi 29 Jun 2026

LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi 29 Jun 2026

Diterbitkan Jun 22, 2026 · Dikemas kini Jun 22, 2026 oleh Amalina Athman

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya hingga Johan Setia, Klang akan mula beroperasi pada 29 Jun 2026.

Memetik laporan AWANI, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata majlis perasmian laluan baharu itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 28 Jun sebelum perkhidmatannya dibuka kepada orang ramai pada keesokan hari.

“Majlis perasmian akan dibuat Ahad ini dan operasi akan mula berkuat kuasa pada hari berikutnya,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan, Cheras pada Isnin.

Beliau berkata pelaksanaan LRT3 merupakan antara projek pengangkutan awam utama yang telah lama dinantikan dan dijangka memberi kemudahan lebih luas kepada penduduk di koridor barat Lembah Klang.

LRT3 Laluan Shah Alam_
Foto: RapidKL

Laluan sepanjang 37.8 kilometer dengan 20 stesen itu menghubungkan kawasan berpenduduk padat termasuk Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, sekali gus memperkukuh rangkaian rel bandar serta mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.

Sebagai rujukan, setiap tren Laluan Shah Alam mempunyai tiga gerabak dengan kapasiti 624 penumpang pada satu-satu masa.

Berkaitan

  • Pengguna Pas My50 Kini Boleh Jejak Penjimatan Melalui Aplikasi TNG eWallet
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • LRT3 Laluan Shah Alam Dijangka Beroperasi Bulan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY