Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rapid kl lrt mrt

LRT3 Laluan Shah Alam Dijangka Beroperasi Bulan Ini

Diterbitkan Jun 16, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh Aminuddin Ahmad

LRT3 atau Projek Transit Aliran Ringan 3 Laluan Shah Alam dijangka mula beroperasi hujung bulan ini, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kata menteri, LRT3 sudah sedia untuk beroperasi hujung bulan ini dan tarikh spesifik dan diumumkan dalam masa terdekat.

Apa itu LRT3?

Projek LRT Shah Alam ini sepanjang 37.8km menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya ke Johan Setia di Klang dan dijangka memberi perkhidmatan kepada dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang.

laluan lrt3 2026

Kenapa Ambil Masa Lama?

Laluan ini pada awalnya dijadualkan beroperasi pada Julai 2025 tapi kemudiannya ditangguhkan ke Disember 2025. Menurut saluran Exploring Walk, ia berpunca daripada tiga masalah utama iaitu perisian sistem isyarat yang tidak stabil, tren yang gagal ujian keselamatan berkali-kali dan prestasi kontraktor yang tidak menepati jadual.

Berkaitan

  • TNG eWallet Kini Berwajah Baharu - Lebih Kemas, Mudah Diakses
  • Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank Di ATM - Berkuat Kuasa 1 Julai 2026

Status terkini

Menteri berkata ujian operasi yang dijalankan setakat ini berjalan lancar dan sistem LRT3 kini berada dalam keadaan bersedia untuk menerima penumpang.

“LRT3 dijangka dibuka kepada orang ramai pada penghujung bulan ini. Tarikh tepat akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi.

Kita nantikan pengumumannya tak lama lagi.

Sumber: LRT3,  Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY