Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empangan Chereh

Loji Solar Terapung Di Pahang Ini Bakal Jadi Yang Terbesar Di Asia Tenggara

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa Pahang bakal miliki loji solar terapung terbesar di Asia Tenggara?

Ia selepas Masdar, sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui terkemuka dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan loji solar terapung berkapasiti 200MW di Empangan Chereh, Pahang pada Disember 2025 lalu.

Projek yang nilainya dianggarkan lebih daripada RM850 juta (US$208 juta) ini akan dibangunkan oleh sebuah konsortium yang diketuai oleh Masdar, bersama rakan kongsi Malaysia Citaglobal dan Tiza Global.

Apabila siap sepenuhnya, panel solar yang diguna untuk projek ini akan meliputi kawasan seluas 950 ekar permukaan air, sekali gus akan menjadikannya sebagai loji solar terapung terbesar di seluruh rantau Asia Tenggara.

Dengan keluasan 950 ekar, loji ini mampu menjana lebih 300MWp (200MWac), cukup untuk membekalkan tenaga kepada lebih 100,000 kediaman.

Selain memberi manfaat tenaga bersih, teknologi solar terapung meningkatkan kecekapan di mana air empangan bertindak sebagai ejen penyejuk semula jadi yang meningkatkan kecekapan panel solar.

Selain itu, ia juga mengurangkan kadar penyejatan air takungan, sekali gus membantu melindungi sumber air tawar.

Malah, ia menyelesaikan isu konflik penggunaan tanah pertanian atau hutan,

Projek ini menyokong sasaran Malaysia untuk mencapai 35% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030 dan menjadi batu lonjakan utama buat Malaysia untuk mencapai sasaran 70% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang tahun 2050.

Kredit imej utama: Evolusi Bina.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Maxis Akan Jadikan KotaSAS Bandar Pintar Termaju Di Pahang
  • CelcomDigi Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Dunia Guinness Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY