Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Loji Penyimpanan Bateri Litium Terbesar Di Dunia Terbakar Timbulkan Kebimbangan Isu Kualiti Udara

Loji Penyimpanan Bateri Litium Terbesar Di Dunia Terbakar Timbulkan Kebimbangan Isu Kualiti Udara

Diterbitkan Januari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Satu insiden kebakaran besar telah berlaku di loji penyimpanan bateri litium terbesar dunia yang terletak di Moss Landing, California pada minggu lalu telah memaksa pemindahan sehingga 1,500 penduduk kawasan sekitarnya.

Ia ekoran kebimbangan kesan asap toksik daripada kebakaran itu.

Kebakaran itu berlaku di loji bateri milik Vistra Energy, syarikat yang menjual tenaga kepada Pacific Gas & Electric, salah satu utiliti terbesar di AS.

Penyelia Daerah Monterey, Glenn Church menyatakan bahawa kebakaran itu sebagai bencana.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, tetapi penduduk bimbang tentang pelepasan gas berbahaya seperti hidrogen fluorida.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit berkata, gas hidrogen fluorida boleh merengsakan mata, mulut, tekak, paru-paru dan hidung, dan terlalu banyak pendedahan kepada gas itu boleh membawa maut.

Ekoran itu, pihak Vistra, berkata Agensi Perlindungan Alam Sekitar sedang menguji kualiti udara di kemudahan itu dan syarikat itu telah mengupah perunding udara untuk memeriksa pencemaran di komuniti berdekatan.

Loji ini, yang penting untuk menyokong tenaga bersih, menggunakan teknologi bahan api litium yang membawa risiko kebakaran tinggi jika rosak atau terlalu panas.

Walaupun Vistra telah mengambil langkah pemantauan kualiti udara dan siasatan lanjut akan dijalankan, insiden ini turut mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan teknologi bateri dalam industri tenaga.

Vistra dalam satu kenyataan berkata, punca kebakaran masih belum diketahui sehingga kini kerana siasatan hanya akan dimulakan selepas kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya serta semua orang di tapak itu dipindahkan dengan selamat.

California, peneraju penyimpanan bateri skala besar, menghadapi cabaran untuk mengimbangi keperluan mengurangkan pelepasan karbon sambil memastikan keselamatan teknologi.

Berkaitan

  • Kajian Baharu Dedahkan Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri EV
  • LG Dan Qualcomm Melancarkan Sistem Pengurusan Bateri EV Dikuasakan Snapdragon
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: AP News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY