Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Bakal Pengaruhi Lebih 30% Pekerjaan Di Malaysia Dalam Tempoh 10 Tahun – Menteri

AI Bakal Pengaruhi Lebih 30% Pekerjaan Di Malaysia Dalam Tempoh 10 Tahun – Menteri

Diterbitkan Januari 8, 2025 ยท Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amalina Athman

Statistik terkini kerajaan menunjukkan bahawa lebih 30% pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat dijangka melalui transformasi signifikan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata di Malaysia, cabaran tenaga mahir semakin ketara dan memerlukan perhatian segera yang mana statistik menunjukkan bahawa lebih 600,000 pekerja perlu menjalani latihan semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk kekal relevan dalam pasaran kerja yang semakin kompetetif.

Tambahan pula, menjelang 2030 negara diunjurkan memerlukan 500,000 pekerja mahir tambahan bagi memenuhi keperluan sektor teknologi dan teknikal. Angka-angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk membangunkan ekosistem latihan dan pensijilan yang efektif.

Beliau berkata dalam konteks berkenaan, tenaga kerja Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan tersebut, iaitu proses latihan semula dan peningkatan kemahiran menjadi amat penting terutama dalam bidang teknologi dan teknikal.

Oleh itu, kerajaan sedang giat memastikan kursus dan latihan yang ditawarkan selaras dengan keperluan piawaian antarabangsa dan keperluan industri 4.0…termasuk kursus dalam bidang seperti keselamatan siber, pengurusan sistem pintar dan analitik data.

Dalam usaha memperkukuh daya saing negara, beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) ditugaskan untuk membangunkan inisiatif bagi merapatkan jurang kemahiran pekerja, seterusnya menaik taraf kebolehan bakat tempatan.

AI Bakal Pengaruhi Lebih 30% Pekerjaan Di Malaysia Dalam Tempoh 10 Tahun – Menteri

Justeru, katanya MBOT telah mengambil langkah dengan menubuhkan Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) bertujuan membangunkan kerangka jaminan kualiti dan pensijilan kursus jangka pendek yang komprehensif dalam bidang teknologi dan teknikal.

Pada masa ini, tiada badan khusus yang memastikan jaminan kualiti kursus jangka pendek yang ditawarkan. MBOT melalui mandat daripada Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768), telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan TPDC bagi menilai aspek-aspek seperti kualiti pengajar, kandungan dan pendekatan kursus serta aspek penilaian.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Pelaksanaan Kamera AwAS Akan Ditambah Baik Dengan Kaedah 'Point-to-Point' - Loke
  • 'Bapa AI': Risiko AI Sebabkan Kepupusan Manusia Dalam 30 Tahun Akan Datang Kini Cecah 10% Hingga 20%
  • AI Boleh Tiru Keperibadian Manusia Dengan Ketepatan 85% Hanya Dalam Dua Jam - Kajian

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turki Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
©2026 WISER.MY