Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo Twitter

Logo Ikonik Twitter Diturunkan Dari Ibu Pejabat Kini Dilelong Kali Kedua

Diterbitkan Mac 19, 2025 oleh ariff bukhari

Logo burung biru Twitter yang dahulunya tergantung di ibu pejabat syarikat di San Francisco kini dilelong buat kali kedua.

RR Auction telah berjaya memperolehnya daripada lelongan barang Twitter oleh Elon Musk selepas penjenamaan semula platform tersebut kepada X pada 2023.

Logo yang digelar “Larry” itu (bersempena nama legenda pemain bola keranjang Boston Celtics, Larry Bird) dianggarkan akan mencecah nilai lebih USD40,000 (~RM176,800), di mana bidaan semasanya kini sudah pun  melebihi $21,000 (~RM92,000).

Papan tanda ikonik ini, yang berukuran kira-kira 145 ̋ x 105 ̋ x 20 ̋ dan berat kira-kira 560 paun, adalah salah satu daripada dua tanda logo besar yang dipasang di bahagian luar ibu pejabat Twitter.

Lelongan logo tersebut akan tamat pada 20 Mac. Pembeli bertanggungjawab untuk menanggung kos penghantaran logo seberat 560 paun (~254 kg) tersebut.

Lelongan ini adalah sebahagian daripada koleksi yang turut melibatkan barang berkaitan Apple seperti komputer Apple I dan cek lama yang ditandatangani Steve Jobs.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Servis Kobo Plus Dilancar Di Malaysia, Akses eBook & Audiobook Tanpa Had Dari RM27/bulan
  • Halogen Capital & Affin Bank Perkenal Dana Bitcoin Patuh Syariah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY