Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KOBO PLUS

Servis Kobo Plus Dilancar Di Malaysia, Akses eBook & Audiobook Tanpa Had Dari RM27/bulan

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh ariff bukhari

Rakuten Kobo melancarkan perkhidmatan Kobo Plus di Malaysia, menawarkan akses tanpa had kepada lebih 2 juta eBook dan 300,000 buku audio dengan langganan bulanan bermula RM27.00.

Pelanggan boleh mengakses kandungan ini menerusi aplikasi Kobo Books di iOS dan Android serta pada peranti Kobo eReader.

Koleksi eBook dan buku audio Kobo Plus menawarkan pelbagai pilihan genre seperti buku cerita, karya sastera klasik , thriller, kisah cinta, buku bukan fiksyen dan banyak lagi.

Pelancaran ini selari dengan pertumbuhan pasaran eBook global, terutamanya di Asia yang semakin meningkat.

Perkhidmatan ini menawarkan tiga pelan langganan yang mesra bajet:
  • Kobo Plus Read: eBook tanpa had pada MYR 27.00 sebulan
  • Kobo Plus Listen: Buku audio tanpa had pada MYR 27.00 sebulan
  • Kobo Plus Read and Listen: eBook dan buku audio tanpa had pada MYR 35.00 sebulan

Dengan yuran bulanan rendah, Kobo Plus sangat sesuai untuk pembaca tegar atau mereka yang suka mencuba pelbagai genre sebelum membeli.

Model Kobo eReader seperti Kobo Libra Colour, Kobo Clara Colour, dan Kobo Elipsa 2E turut tersedia dengan ciri moden termasuk kalis air, pengurangan cahaya biru, serta sokongan stylus.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Ini 5 Telefon Pintar 2025 Dengan Kamera Cantik Untuk Foto Dan Video Raya
  • Aplikasi Unifi Mobile Kini Dijenamakan Sebagai Unifi UniVerse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY